Gagal buat pusingan U, wanita maut dirempuh bas

Gagal buat pusingan U, wanita maut dirempuh bas

Gagal buat pusingan U, wanita maut dirempuh bas
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa wanita yang maut selepas kenderaan dipandunya dirempuh bas ekspres dalam kemalangan di Pekan Bukit Gambir, di sini, pagi tadi. – Foto NSTP/AHMAD ISMAIL

TANGKAK: Seorang wanita maut selepas kereta dipandu gagal membuat pusingan U sehingga dirempuh sebuah bas yang datang dari arah belakang di Pekan Bukit Gambir, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata mangsa berusia 24 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kejadian jam 8.34 pagi itu.

“Polis menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Viva dan bas ekspres yang dilaporkan dari arah Bukit Gambir menghala ke Sungai Mati.



“Kedua-dua kenderaan itu dari arah sama, namun bas yang berada di belakang kereta Viva dipercayai merempuh kenderaan mangsa kerana tindakan wanita itu yang secara tiba-tiba membuat pusingan U,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kenderaan mangsa sebelum itu berada berhampiran kedai dan sedang membuat pusingan U di kawasan garisan berkembar untuk menghala ke arah Bukit Gambir.

“Pemandu bas cuba memberhentikan kenderaan, namun gagal kerana jarak mereka terlalu dekat sehingga terlanggar bahagian kanan pintu hadapan kereta mangsa.

“Pemandu bas berusia 51 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Bayi enam bulan maut tercampak keluar kereta

Gagal buat pusingan U, wanita maut dirempuh bas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading