Lelaki maut digilis treler

Lelaki maut digilis treler

Lelaki maut digilis treler
Penunggang motosikal berusia 21 tahun maut digilis sebuah treler dalam kemalangan di kilometer 72, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang. – Foto ihsan pembaca

KLUANG: Penunggang motosikal berusia 21 tahun maut digilis sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 72, Jalan Batu Pahat-Mersing, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, berkata mangsa, dikenali sebagai Anas Nabil Ahmad Nizam sebelum itu dipercayai hendak memotong treler berkenaan di sebelah kiri namun gagal.

Katanya, motosikal mangsa bergesel dengan treler lalu menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret di bawah treler.



“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dan treler berkenaan dari arah sama iaitu dari Kluang menghala ke Kahang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa disyaki bergesel dengan treler ketika cuba memotong di sebelah kiri dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh.

“Penunggang terseret di bawah treler dan akibat pelanggaran itu, mangsa parah pada kepala, tangan kiri, dada, paha kanan dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Abdul Razak berkata, pemandu treler akan melakukan ujian saringan air kencing di pejabat bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kluang selepas selesai rakaman percakapan.

“Pemandu treler berusia 27 tahun tidak cedera dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Saiful Fadly Karim daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kluang berkata, dua jentera dikejarkan ke lokasi kemalangan bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit di bawah lori.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas sehingga mangsa berjaya dikeluarkan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan jam 6 petang.



Anggota polis maut digilis kenderaan

Lelaki maut digilis treler


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button