Xi Jinping janji China akan ‘bebas’ koronavirus

Xi Jinping janji China akan ‘bebas’ koronavirus

Xi Jinping janji China akan ‘bebas’ koronavirus
PESAKIT Covid-19 terpaksa berbaring atas katil di kawasan pejalan kaki di Hospital Tangshan Gongren, China.-AFP

BEIJING: Ketika dunia melahirkan kebimbangan mengenai ledakan kes Covid-19 di China, Presiden, Xi Jinping mula menjanjikan harapan buat rakyatnya.

Situasi itu menimbulkan kejanggalan tatkala hospital dipenuhi pesakit warga emas, sementara rumah mayat pula penuh sesak dan farmasi pula kehabisan ubat demam.

Justeru, timbul persoalan ketika Jinping dengan berani mahu meninggalkan dasar ketat yang dikenali sebagai ‘sifar-Covid’ selepas wabak Covid-19 mula merebak kali pertama di bandar Wuhan, tiga tahun lalu?



“Kawalan dan pencegahan epidemik sudah memasuki fasa baharu. Setiap orang bekerja keras dan harapan mula menampakkan sinarnya di hadapan kita,” kata Jinping semasa ucapan sempena Tahun Baharu 2023.

Ucapan itu merupakan kali kedua Jinping memberikan respons mengenai penularan wabak minggu ini.

Isnin lalu, beliau menggesa semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi melindungi nyawa manusia.

Lebih 7,000 kes jangkitan baharu dan kes kematian direkodkan di China sejak Sabtu lalu.



Angka itu bagaimanapun menimbulkan keraguan berbanding situasi yang berlaku di lapangan.

Beijing tetap menegaskan data statistik Covid-19 yang dikeluarkan adalah telus sejak wabak melanda.

Dasar sifar Covid-19 sebahagian besar berjaya melindungi penduduk China sejak 2020 menerusi ujian besar-besaran, pemantauan ketat pergerakan dan perintah kuarantin.

Bagaimanapun, strategi tersebut memberi tamparan hebat kepada negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.



Ini kerana langkah yang disifatkan kejam mencetuskan protes di seluruh negara yang menentang dasar pemerintahan Parti Komunis.

MAGHRIBI LEBIH TEGAS

Beijing memaklumkan mengenai penamatan tempoh kuarantin wajib kepada semua pengunjung yang memasuki China bermula 8 Januari depan, serta membenarkan rakyatnya mengunjungi luar negara.

Disebabkan itu, beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat mengetatkan syarat kemasukan pelancong China dengan keperluan bukti ujian calitan negatif.

Terbaharu, Kanada juga mengikut jejak langkah negara lain susulan data jujukan genom epidemiologi dan virus yang terhad di China.



Maghribi pula lebih tegas dengan melarang semua pelancong China memasuki negara itu bagi mengelakkan gelombang jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, langkah pencegahan yang dikuatkuasakan beberapa negara adalah tindakan yang ‘sangat wajar’ ekoran kekurangan maklumat mengenai penularan virus di Beijing.

Katanya, beliau juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa China mengenai penularan baharu virus tersebut.

“Disebabkan ketiadaan maklumat komprehensif dari China, tindakan negara lain sangat wajar dalam usaha melindungi populasi penduduk masing-masing.



“WHO sekali lagi meminta perkongsian tetap data khusus mengikut masa sebenar mengenai situasi epidemiologi termasuk lebih banyak data penjujukan genetik, kemasukan ke unit rawatan rapi dan kematian,” katanya.

Menurut Ghebreyesus, WHO juga meminta data mengenai vaksinasi dalam kalangan individu yang terdedah dengan risiko jangkitan termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Bagaimanapun, Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa cawangan Eropah yang mewakili lebih 500 lapangan terbang di 55 negara Eropah mengkritik pemeriksaan Covid-19 baharu terhadap pengunjung, Sabtu lalu.

“Tindakan unilateral ini bertentangan dengan semua pengalaman dan bukti yang diperoleh sejak tiga tahun lalu.



“Mengenakan sekatan lain untuk pelancong dari negara ini adalah tidak wajar secara saintifik mahupun berdasarkan risiko,” katanya.-AFP

Cuba beri vaksin kepada kanak-kanak

Xi Jinping janji China akan ‘bebas’ koronavirus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading