Warga Malaysia antara maut kasino terbakar di Kemboja?

Warga Malaysia antara maut kasino terbakar di Kemboja?

Warga Malaysia antara maut kasino terbakar di Kemboja?
WISMA PUTRA

PUTRAJAYA: Seorang rakyat Malaysia dikhuatiri antara mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran besar melibatkan sebuah kasino di Kemboja pada 28 Disember lepas.

Bagaimanapun, Wisma Putra setakat ini belum lagi mengesahkan atau menafikan berita tersebut yang dilaporkan meluas oleh pelbagai media di negara berkenaan sejak kelmarin.

Sebaliknya, berdasarkan prosedur standard, kementerian itu hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kesahihan laporan itu setelah semakan terperinci dilakukan.



Malahan, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh menerusi laman sesawang dan sosial rasmi pejabat misi diplomatik itu belum menerbitkan sebarang makluman mengenainya.

Semakan Utusan Malaysia namun mendapati, pihak kedutaan memohon warga Malaysia yang memerlukan bantuan konsular jika berlaku kecemasan untuk menghubungi mereka.

Tragedi kebakaran besar yang membabitkan kasino Grand Diamond City di Poipet dekat sempadan Thailand minggu lepas mengorbankan 27 mangsa termasuk pelancong asing.

Media di Kemboja melaporkan seorang warga Malaysia antara yang terbunuh di lokasi kejadian tersebut manakala sebahagian besar mangsa mati pula ialah 17 rakyat Thailand.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Berita sedih itu dimaklumkan Naib Presiden Pertama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Nasional Kemboja, Kun Kim dan turut mengesahkan lebih 100 orang lagi cedera melecur.

Dianggarkan terdapat lebih 1,000 pengunjung dan 500 pekerja ketika kebakaran meletus pada pukul 11.30 malam di premis setinggi 17 tingkat itu yang turut menempatkan hotel.

Poipet yang berada dalam wilayah Banteay Meanchey itu amat terkenal dengan imej sebagai bandar perjudian dan terletak 408 kilometer dari arah barat laut ibu kota Phnom Penh.

Kim turut merakamkan penghargaan kepada Thailand kerana menghantarkan 221 anggota bomba negara itu bagi membantu pemadaman kebakaran yang mengambil masa 39 jam.



Seramai 1,009 anggota bomba Kemboja dikerah dan mereka turut dibantu 23 buah jentera dengan 115 ambulans membawa mangsa ke pelbagai hospital termasuk juga di Thailand.

Punca kebakaran tragik itu dipercayai akibat lebihan bekalan elektrik yang digunakan oleh kompleks berkenaan untuk sambutan Krismas sehingga menyebabkan berlaku litar pintas. – UTUSAN

19 rentung hotel kasino di Kemboja terbakar



Warga Malaysia antara maut kasino terbakar di Kemboja?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button