Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing

Semua kena buat sendiri - “Dah gila tak boleh stop”

Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing

Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing
Tangkap layar luahan Tipah sering ditinggalkan suami sendirian di rumah.

APABILA memasuki alam perkahwinan, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan semata-mata.

Sudah pasti kita terpaksa ‘berkahwin’ dengan minat atau hobi si dia yang sudah dilakukan sewaktu mereka masih bujang.

Begitu jugalah dengan wanita ini yang berkahwin dengan seorang ‘kaki pancing’.



“Siapa suruh kahwin dengan kaki pancing. Selalu kena tinggal (suami) asyik pergi mancing.

Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing
Luahan Tipah apabila sering ditinggalkan sendirian di rumah.

“Duduklah rumah sendirian sambil makan kuaci. Keluarlah (berjalan) macam single.

Jogging pun sendiri konon nak jaga badan biar suami ‘lekat’ dekat rumah. Pergi jemputan (kenduri) pun macam anak dara,” luahnya di TikTok.

Namun, siapa sangka minat suaminya itu kini menjadi hobi wanita yang menggunakan nama Tipah Fishing di segala platform media sosialnya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurutnya, keputusan itu dibuat disebabkan dia sudah tidak tahan lagi sering ditinggalkan suami sendirian di rumah.

Maka, Tipah cuba mengikut jejak langkah suami dengan memancing sendirian di sebuah kolam ikan namun tidak dinyatakan lokasi.

“Dah tak boleh sabar. Cuba buat benda sama pergi mancing juga.

“Mancing kolam sorang-sorang. Tiba-tiba dapat ikan. Datang lagi kolam sorang-sorang sambil mencari ketenangan,” katanya.



Bukan itu sahaja, minatnya semakin menjadi-jadi apabila dia sering mendapat ikan hasil daripada aktiviti memancing.

Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing
Wanita ini ‘berani’ menganjurkan pertandingan untuk kaki pancing.

Malah, dia lebih rela tidak meraikan Aidilfitri sebaliknya menghabiskan masa beraya dengan memancing sambil memakai baju raya.

Dalam pada itu, dia juga menganjurkan pertandingan yang disokong oleh kenalan serta mendapat tajaan syarikat jenama alatan pancing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Boleh pula berani anjurkan game memancing. Alhamdulillah dapat sokongan daripada semua kenalan siap dapat sponsor besar Daiwa.



Dah ‘gila’ tak boleh stop. Cuba pinjam kayak orang bawa pergi mancing.

TIPAH

“Seronok jadi satu-satunya perempuan yang menganjurkan pertandingan memancing,” ujarnya lagi.

Mengakui dirinya kini sudah terbiasa memancing sendirian, pelbagai spesis ikan berjaya ditawan olehnya sejak menjadi kaki pancing.

Minatnya yang semakin serius dan mendalam membuatkan wanita ini membuat keputusan membeli sebuah kayak untuk memancing.

Menerusi hantaran dibuat di TikTok, Tipah mengakhiri perkongsian dengan melabel dirinya sebagai Lady Angler berjaya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

“Dah ‘gila’ tak boleh stop. Cuba pinjam kayak orang bawa pergi mancing.

“Kolam air tawar pun bedal saja memancing. Naik bot main jig (sejenis umpan memancing) pula. Makin gila mancing.

Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing
Tipah kini menggelarkan dirinya sebagai Lady Angler kerana ‘gila’ memancing.

“Apabila sudah gila sampai sanggup beli kayak sendiri. Kini jadi Lady Angler berjaya,” tulisnya pada gambar menunjukkan dirinya ketika memancing di laut.



Untuk rekod, hantaran Tipah meraih lebih 2.9 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

Bayi dihurung semut ditemukan di kolam pancing

Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button