Nas Ahmad ‘Kita Terjah’ derita masalah jantung

Wajah pucat, cengkung sampai ramai dah tak kenal

Nas Ahmad ‘Kita Terjah’ derita masalah jantung

Nas Ahmad ‘Kita Terjah’ derita masalah jantung
Nas Ahmad mengalami masalah jantung.

FOTO terbaharu bekas wartawan program hiburan Melodi iaitu Nas Ahmad yang duduk di atas katil dalam keadaan pucat selain kelihatan cengkung mengejutkan ramai pihak.

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtry Yahya memberitahu Nas yang terkenal dengan tagline ‘Kita Terjah’ mengalami masalah jantung sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan masalah jantung,” katanya menerusi Twitter miliknya pada Rabu.



Nas Ahmad ‘Kita Terjah’ derita masalah jantung
Keadaan terkini Nas Ahmad kejutakan ramai pihak.

Difahamkan, Nas sudah dibenarkan keluar hospital selepas beberapa hari mendapatkan rawatan akibat masalah jantung dialaminya dan sedang berehat di rumah.

Usaha mStar mendapatkan reaksi Nas berhubung keadaan terkininya juga tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Sementara itu, semakan di Instagram Nas, dia pernah berkongsi keadaan dia yang berjalan memerlukan sokongan tongkat dipercayai kerana faktor kesihatan pada awal Disember lalu.

“Asalnya berdua… tiba-tiba, alamak bertiga. (merujuk kepada tongkat). Sabar, dugaan. Usaha dan berdoa agar kembali berdua semula nanti dengan izin-Nya,” ujarnya.



Sehubungan itu, rata-rata warganet yang membesar menonton aksi Nas dalam program Melodi mendoakan kesejahteraan wartawan veteran berkenaan.

“Lainlah dia sekarang, semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan dengan secepat mungkin.

“Ini ke Abang Nas rambut ketak Melodi ke tu? Tak perasaan sekali pandang,” antara komen netizen.

Bawang Merah zaman TikTok



Nas Ahmad ‘Kita Terjah’ derita masalah jantung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button