Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual

Pelajar intern trauma turun site!  - “Pekerja asing lebih hormat saya”

Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual

Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual
Pelajar ini berkata dia trauma untuk turun ke tapak pembinaan selepas satu insiden hitam.

RAMAI orang menganggap gangguan seksual di tempat kerja perkara kecil, namun, ia berat untuk individu yang mengalaminya.

Ketika dihubungi mStar, Nur Diyana Mohd Hanafiah, 21, dari Meru, Klang berkata dia diganggu di tempat kerja pada 15 Disember 2022 ketika ditugaskan menyelia tapak pembinaan.

Menurutnya, dia mula menjalani latihan industri pada 1 Ogos 2022 di sebuah syarikat pembinaan persendirian yang tidak dinamakan, terletak di Bandar Teknologi Kajang, Selangor.

Pada pagi hari kejadian, dia ditugaskan untuk memberi arahan kepada subkontraktor untuk mempercepatkan proses pengukuhan besi sebelum waktu tengah hari bagi meneruskan kerja-kerja menuang konkrit pada lantai di tapak pembinaan sebuah kilang di Bangi.

Seterusnya, pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) jurusan Kejuruteraan Awam itu berkata dia keluar membeli barang keperluan untuk tapak tersebut dan apabila tiba di lokasi pembinaan semula, pekerja-pekerja pengukuhan menghilang.

Justeru, dia pun menghubungi pengurus pekerja-pekerja yang telah ‘hilang’ dan mengarahkan untuk mereka menghantar semula pekerja untuk menyelesaikan tugasan.

Namun, pengurus berkenaan yang tidak didedahkan identitinya berkata mereka tak cukup pekerja dan merayu kepada Diyana untuk tidak panjangkan isu pekerja pada hari kejadian kepada pihak pengurusan syarikatnya.

Lelaki itu juga turun di tapak pembinaan dan berkata dia akan cuba menyiapkan tugasan pengukuhan besi tersebut sendiri dengan bantuan rakan kongsinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual

Pengurus tapak menafikan melakukan gangguan seksual.

“Setelah siap semua kerja tersebut, dia datang dekat dengan saya untuk berterima kasih kerana membantunya.

“Sebelum dia keluar dari tapak pembinaan, dia ucap terima kasih berkali-kali kepada saya dan tepuk-tepuk paha saya.

“Saya terkejut dan terus bangun daripada posisi duduk, tapi saya tak cakap apa-apa kerana takut,” dakwanya.

Pelajar itu juga mendakwa, selepas pahanya ditepuk, lelaki itu sekali lagi memegang bahagian lengannya untuk mengucapkan terima kasih.

“Memang saya menangis sahaja di tapak pembinaan kerana trauma, tak tahu nak laporkan insiden ini kepada siapa dan apa yang patut dilakukan ketika itu,” katanya.

Keesokan harinya, Diyana melaporkan kejadian itu kepada penyelia yang kemudiannya terus menghubungi pengurus terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Selepas itu, pengurus itu pula menghubungi Diyana untuk memarahinya dan menafikan bahawa dia telah melakukan perkara itu.

“Dia cakap saya fitnah dia, dia masih ingat anak bini. Dan Dia tak ada nak buat benda tak elok.

“Dia kata pegang itu sebab nak ucap terima kasih, dia biasa melakukan seperti itu pada kawan-kawannya yang lain,” ujarnya.

Setelah menafikan berkali-kali, dia akhirnya mengaku bersalah tetapi tidak berniat untuk melakukan gangguan seksual.

Penyelia Diyana berkata dia patut memaafkan sesama sendiri kerana mereka tidak mahu merosakkan hubungan antara syarikatnya dan juga syarikat tempat pengurus itu bekerja.bApabila ditanya tentang reaksi kedua ibu bapanya tentang perkara ini, Diyana luah rasa kecewa kerana mereka hanya menasihatinya untuk menjaga jarak ketika berbual dengan pekerja lelaki.

Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual
Diyana tamat program latihan industrinya pada 31 Disember 2022.

Diyana juga melaporkan tentang kejadian ini kepada pihak universiti dan mereka bakal mengambil tindakan selanjutnya.

Namun, dia berkata bahawa pihak universiti mungkin menganggap ini kes ‘ringan’, seakan-akan gangguan seperti ini perkara remeh dan merupakan kesilapan pelajar sendiri kerana tidak berani bersuara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya teruskan sahaja bekerja di syarikat tersebut kerana tempoh latihan industri berbaki hanya dua minggu sahaja lagi.

“Saya jarang turun tapak pembinaan dan selalunya hanya duduk di pejabat, sampai hujung bulan Disember.

“Selepas kes tersebut, saya juga langsung tidak berjumpa degan pengurus tu,” katanya.

Dalam kapsyen video yang tular, dia membandingkan pengurus itu dengan pekerja dari Bangladesh dan Indonesia yang tidak berkelakuan seperti itu.

“Pekerja asing lebih pandai hormat saya, tempat berteduh pun mereka sediakan yang jauh dari tempat mereka berteduh. Bercakap pun dari jarak yang berjauhan,” ujarnya tentang pekerja-pekerja asing di tempat kerjanya.

Diyana juga berkata yang dia masih lagi trauma dengan kejadian tersebut dan mengambil keputusan untuk tidak bekerja di bahagian melibatkan kerja-kerja di tapak pembinaan pada masa hadapan.

 

Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual
Antara komen netizen.

Video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok itu meraih lebih 200,000 tontonan dan 7,000 tanda suka.

“Jangan terlalu lembut sebab saya yang tegas dekat tapak pembinaan pun boleh kena seperti ini.

“Dan Jangan terlalu ramah, jangan mudah terasa dan persiapkan diri dengan alat pelindung diri seperti penyembur lada, terutamanya bagi yang perempuan.

“Jangan senang terima kalau dipelawa untuk belanja makan, biar orang nampak sombong atau jual mahal, yang penting lebih selamat,” ujarnya.

Kini, Diyana telah tamat latihan industri dan berpesan kepada pelajar yang ditugaskan menyelia tapak untuk sentiasa pastikan diri terhidrat untuk elakkan pitam dan peka dengan keadaan sekeliling untuk keselamatan diri.

Kehamilan Tidak Luntur Semangat Nur Diyana

Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker