Telur Masak Balado Santan

Telur Masak Balado Santan
Telur Masak Balado Santan

 

Hi semua, hari ni Che Nom nak masak Telur Balado Santan, menu yg ringkas dan cepat nak sediakan…Bahan utama iaitu telur, kita rebus, kupas kulit dan goreng sehingga garing sebelum dimasak dgn cili/sambal. Resepi ni diinspirasikan dari negara jiran iaitu Indonesia, memang terbukti sedap sangat.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kisar kasar:
    • 6-10 biji cili merah
    • 4-8 biji cili padi
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 1/2 – 1 biji bawang besar
    • 2 biji tomato
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 6 biji telur rebus
    • minyak secukupnya
    • 3 helai daun limau purut
    • 1 keping asam keping
    • 1 mangkuk santan pekat
    • garam dan gula secukup rasa
    • **boleh letak belacan kalau suka

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Potong kasar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang besar, tomato.
  2. Kisar kasar cili, bawang putih dan bawang besar.
  3. Kupas kulit telur rebus kemudian cucukan keliling telur dengan garfu supaya telur tak melompat dalam kuali bila kita goreng nanti.
  4. Masukkan minyak agak-agak tengelam telur dan panaskan minyak.
  5. Bila dah panas, boleh goreng sehingga telur keperangan dibahagian luar.
  6. Tumis bahan kisar halus dengan api perlahan.
  7. Kacau sampai bahan kisar lembut dan masak layu.
  8. Boleh masuk belacan (optional).
  9. Masukkan tomato kemudian kacau sampai tomato lembut.
  10. Seterusnya masukkan daun limau purut.
  11. Masukkan asam keping (nak ganti dgn asam jawa pon boleh).
  12. Masukkan sikit santan, gula, garam, boleh masuk serbuk perasa kalau suka.
  13. Masak sampai bahan mesra sekata.
  14. Bila sambal pecah minyak, masukkan telur.
  15. Tambah lagi sedikit santan.

 

Tip:

 

  • Biasanya Che Nom akan buang tulang daun limau purut sebab takut pahit.

Keli Balado

Telur Masak Balado Santan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker