Tetap perang walau gencatan senjata 36 jam

Tetap perang walau gencatan senjata 36 jam

Tetap perang walau gencatan senjata 36 jam
PENDUDUK melarikan diri selepas rumahnya terbakar dibedil tentera Russia di Kherson, Ukraine. -AGENSI

KYIV: Artileri Russia dan Ukraine dikatakan saling berbalas bedilan meriam di timur Ukraine walaupun Presiden Russia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya untuk mematuhi gencatan senjata selama 36 jam sempena cuti Krismas Ortodoks.

Pertukaran tembakan meriam di antara kedua-dua pihak dilaporkan berlaku di sepanjang bandar Bakhmut di Ukraine, bandar Kreminna dan lokasi lain di wilayah Donetsk dan Luhansk, semalam.

Roket Russia turut menghujani kawasan perumahan di bandar Kherson dan Kramatorsk sebelum gencatan senjata dijadualkan bermula pada tengah hari Jumaat.



Seorang tentera Ukraine memberitahu Reuters bahawa tiada guna gencatan senjata dilaksanakan sebaliknya tembakan meriam tetap berlaku di Kreminna.

“Apa gencatan senjata yang dimaksudkan? adakah anda mendengarnya (bunyi tembakan meriam)?

“Apa yang ingin mereka capai jika terus membuat tembakan? Kami sudah tahu dan kami belajar untuk tidak mempercayai mereka,” tegas tentera berkenaan.

Sebagai bukti, wartawan-wartawan AFP sendiri mendakwa mendengar sendiri bunyi dentuman tembakan meriam di bandar Bakhmut selepas gencatan senjata bermula kelmarin.



Sementara itu, Kementerian Pertahanan Russia mendakwa, pasukan tenteranya mematuhi gencatan senjata dari tengah hari kelmarin di sepanjang seluruh talian hubungan, tetapi Ukraine terus membedil kawasan penduduk dan kedudukan tentera.

Pegawai polis di Bakhmut, Pavlo Diachenko pula berkata, dia sangat musykil dengan langkah gencatan senjata tersebut.

“Apa maknanya mendapat ‘cuti gereja’ untuk mereka?

Putin kelmarin mengumumkan gencatan senjata selama 36 jam walaupun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata ia tidak akan mematuhi tindakan unilateral itu.



Zelenskyy berasa amat skeptikal dengan langkah berkenaan yang dianggap mempunyai helah Russia untuk membawa masuk lebih ramai tentera ke wilayah taklukan selain menyekat ‘kemajuan’ tenteranya. –Al Jazeera

Tidak puas serang Palestin, Zionis tingkat bedilan di Syria

Tetap perang walau gencatan senjata 36 jam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button