Perdagang 5 beranak untuk langsai hutang, bekas penyelia ngaku tak salah
Perdagang 5 beranak untuk langsai hutang, bekas penyelia ngaku tak salah
PETALING JAYA: Bekas penyelia ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa bagi melangsaikan hutang, di sebuah ladang di Jempol, dari 2008 hingga 2021.
Tertuduh, L Jayaseelan, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Tamil.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memperdagangkan S Veerasamy, 47 dan isteri A K Rajeswarii, 40, serta dua anak V Shasikala, 20, V Anbarasi, 23, dan menantu P Aridasan, 31, bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa ladang untuk menyelesaikan hutang.
Menurut Berita Harian, kesalahan itu dilakukan antara 2008 hingga 17 Nov 2021 di Ladang Bukit Tinggi, Rompin di Jempol.
Berikutan itu, dia didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan boleh didenda jika sabit bersalah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainul Hashimi mencadangkan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atau menetapkan jaminan tinggi jika mahkamah mahu menawarkannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
Peguam, M Gobinathan merayu supaya anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan dia tidak lagi bekerja sejak lima tahun lalu selain mengalami masalah kesihatan.
Terdahulu, Pegawai Penyiasat Salwati Abdullah memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan berasingan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Mahkamah pada akhir prosiding menetapkan jaminan RM25,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran, tidak mengganggu mangsa dan mana-mana saksi pendakwaan serta tidak terbabit dengan mana-mana kegiatan jenayah sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes 13 Feb.
‘Gadis larikan gelang emas RM15,000 demi langsai hutang kereta teman lelaki’
Perdagang 5 beranak untuk langsai hutang, bekas penyelia ngaku tak salah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Desas desus Muhyiddin akan ditangkap tersebar.
- Panas! Muhyiddin tidak akan pulang Malaysia?
- Ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2023 akan jadi tumpuan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :