Hampir 30 kereta polis kejar sebuah Perodua Bezza!

Myvi dah turun takhta - Netizen gelar ‘king of the road’ baharu

Hampir 30 kereta polis kejar sebuah Perodua Bezza!

Hampir 30 kereta polis kejar sebuah Perodua Bezza! Netizen gelar ‘king of the road’ baharu, Myvi dah turun takhta

Sebuah Perodua Bezza dikejar kereta peronda polis dari Petaling Jaya ke Cyberjaya.

HAMPIR 30 buah kereta peronda polis terlibat dalam aksi kejar-mengejar dengan sebuah Perodua Bezza dari Petaling Jaya ke Cyberjaya.



Dua video kejadian itu kecoh diperkatakan netizen selepas ia tersebar ke laman Facebook dan WhatsApp sejak Isnin.

Salah satu video menunjukkan sebuah kereta berwarna gelap meluncur laju di sepanjang jalan dengan sekurang-kurangnya lapan kereta peronda mengejarnya.

Satu lagi klip dipercayai dirakam dari bangunan tinggi menunjukkan kereta yang sama dikejar beberapa buah lagi kenderaan polis.

Difahamkan, kereta itu dipandu seorang wanita bersama tiga lelaki ketika polis menghampiri kenderaan suspek di Petaling Jaya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?


Suspek memecut laju sebaik menyedari polis mengekori mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu, sambil menambah mereka sudah membuat tangkapan ke atas individu yang dikaitkan dengan video tersebut, lapor The Star.



“Kami akan mengeluarkan kenyataan akhbar tidak lama lagi mengenai kejadian itu,” tambahnya.

Terdahulu, video aksi kejar-mengejar itu meraih perhatian ramai netizen sehingga ia disamakan dengan babak dalam filem aksi.

Dalam pada itu, netizen turut berjenaka dengan memuji kelajuan kereta Bezza yang dipandu suspek dan turut menggelarkannya sebagai ‘king of the road’ baharu, menggantikan Perodua Myvi.

“Myvi dah boleh turun takhta. Tak sepadu Bezza.



“Bezza dah potong Myvi sekarang.

“Bezza mahu dinobatkan sebagai king yang baharu,” tulis netizen berseloroh.

Hampir 30 kereta polis kejar sebuah Perodua Bezza!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button