Mangsa banjir di Rompin meningkat
Mangsa banjir di Rompin meningkat

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Rompin mencatatkan peningkatan apabila 352 orang daripada 105 keluarga direkodkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 3 petang ini.
Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), peningkatan itu susulan PPS Balai Raya Kampung Denai yang dibuka hari ini.
Berbanding 8 pagi tadi, seramai 323 mangsa daripada 97 keluarga di tiga PPS.
Empat PPS yang dibuka ialah PPS Kampung Setajam membabitkan 165 mangsa, Balai Raya Rekoh (122 mangsa), Balai Raya Bukit Lepas (40 mangsa) dan Balai Raya Kampung Denai (25 mangsa).
Sementara itu, maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin masih melepasi paras bahaya pada jam 3.15 petang ini.
Paras Sungai Keratong itu merekodkan bacaan 24.66 meter berbanding paras bahaya ditetapkan ialah 23 meter.
Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera pula merekodkan bacaan 30.72 meter iaitu melepasi paras waspada iaitu 29.70 meter.
Mangsa banjir di Rompin meningkat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri tidak berani lapor kepada RoS?
- Mungkinkah Jho Lo Dan Pasangan Beliau Yang Panjat Menara 118?
- Kredibiliti Hadi Awang Ibarat Telur Di Hujung Tanduk
- Dalil’ apa akan digunakan PAS untuk ‘halalkan’ rasuah?
- Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :