Resipi Ikan Siakap Sweet Sour
Resipi Ikan Siakap Sweet Sour adalah resepi yang terkenal di kalangan masyarakat Cina. Rasa masakan ini pasti lazat jika anda memilih ikan yang segar. Ikan Siakap boleh juga di gantikan dengan ikan talapia dan ikan bawal.
Bahan-bahan:
- 1 biji tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili giling
- semangkuk kecil nenas
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 biji bawang besar, potong bulat
- Daung bawang untuk hiasan
- Bahan untuk dicincang:
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
Cara Penyediaan:
- Ikan di goreng garing dalam kuali.
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, dan halia yang di cincang.
- Masukkan tomato yang dihiris kasar,kemudia masukkan sos cili.
- Campurkan sedikit air dan biarkan mendidih.
- masukkan sedikit sos ikan dan nenas serta bawang besar.
- masukkan gula dan garam secukup rasa
- Apabila masak, tuangkan kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan hirisan daun bawang
Tip:
- Untuk mendapatkan rasa masam manis yang sedap, gunakan tomato ceri.
Resipi Ikan Siakap Sweet Sour
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia makin parah, Tidak mendakwa Zeti dan Nazlan mungkin antara penyebab.
- Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.
- Zeti, Nazlan terus bebas tanpa gusar
- Zahid Hamidi: Pakar Bedah UMNO Berdarah Jawa
- Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.
- ‘Langkah Sheraton 2.0’ naratif baru BERSATU?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan