Resepi Kuih Ketayap
Resepi Kuih Ketayap, kuih tradisional, juadah istimewa untuk berbukak puasa, macam mana boleh dapat nama Ketayap pon tak tahu.
Bahan-bahan:
- Bahan untuk inti:
- 1/2 biji kelapa parut
- 1/4 cawan gula melaka
- 1/4 cawan gula pasir
- 2-3 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil garam
- Bahan untuk kulit:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
- 1 biji telur
- 4-5 helai daun pandan
- 1 sudu kecil garam
- 2-3 titik pewarna hijau (optional)
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk inti:
- Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
- Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.
- Cara-cara untuk kulit:
- Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
- Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
- Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. Anggran 3-4 minit di atas kuali.
- Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.
Resepi Kuih Ketayap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
- Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara
- Bolehkah PN menang PRN jika hari-hari KJ kutuk dan kritik Presiden Bersatu dan PAS?
- Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
- Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?
- Bawa Reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin sukarkan Ismail Sabri untuk bertanding.
- Ismail Sabri ibarat ‘Rumah siap, pahat berbunyi’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :