Resepi Apam Kukus Coklat

Resepi Apam Kukus Coklat
Resepi Apam Kukus Coklat

 

Resepi Apam Kukus Coklat yang lembap dan gebu, dan paling utama sekali kuih ini amat mudah disediakan. Anak-anak pun sangat menyukainya. Resepi ini Che Nom dapat dari sahabat di facebook dan bila ditengok bahan-bahannya amat mudah dan kebanyakannya dah ada di pantri dapur. Bila cuba, hasilnya memang terbaik. Apam ini boleh disimpan di dalam peti ais (dalam bekas bertutup) selama lebih kurang seminggu dan bila nak makan, boleh panaskan menggunakan microwave sahaja. Boleh juga buat bekalan anak ke sekolah.

Sebelum anda cuba resepi ini, sila rujuk bahagian tips untuk memudahkan penyediaan dan pastikan kuih dikukus dengan elok dan sempurna.

 



Bahan-bahan:

 

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 5 sudu besar serbuk koko*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1/2 sudu teh garam halus*
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak sayur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • sedikit minyak untuk sapu pada acuan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Ayak bahan-bahan bertanda (*) di dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan telur, minyak sayur, susu pekat, gula halus dan air ke dalam bahan ayak tadi. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Rehatkan seketikan selama 30 minit.
  3. Panaskan kukusan. Sapu minyak di bahagian dalam acuan lompang.
  4. Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan. Kukus selama 15-18 minit.

 



Tip:

 

  • Bahan-bahan tersebut perlu diayak kerana serbuk koko selalunya berketul-ketul. Lebih mudah dibancuh jika semua bahan tersebut diayak.
  • Penutup kukusan hendaklah dibalut dengan kalin supaya titisan air tidak jatuh ke dalam kuih semasa proses mengukus.
https://my-tv.online/2022/12/19/kek-coklat-kukus-lembap/

Resepi Apam Kukus Coklat


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading