Kerabu Taugeh Dan Kerang Ala Utara
Hai semua. Kali ini Che Nom nak kongsikan resipi yang dipelajari dari bonda Che Nom sendiri, iaitu Resipi Kerabu Taugeh dan Kerang ala Utara. Memang sejak dari kecil lagi bonda selalu buat kerabu ni bila diminta. Kunci kesedapan kerabu ni adalah bahan utamanya iaitu taugeh mestilah segar. kerabu ni tak perlu di masak cuma taugeh perlu dicelur dahulu dan kerang pun harus direbus dan diasingkan isi. Di sebelah utara, kerabu ni selalu dihidangkan di kenduri kendara dan kadang-kadang kerang digantikan dengan perut lembu.
Bahan-bahan:
- 600 gram taugeh
- 6-7 tangkai daun selom, hiris nipis
- 1 mangkuk isi kerang rebus
- 1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
- 4-5 biji cili padi, hiris nipis
- 1 sudu kecil perahan air limau nipis
- Bahan untuk kisar halus:
- 1/2 sudu besar lada hitam
- 1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
- 4 ulas bawang merah
- 1 cawan santan pekat
- 3 biji cili padi
- 1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
- 2 sudu besar kerisik
- 2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk memasak:
- Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
- Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
- Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang 🙂
Tip:
- Kalau tak ada daun selom, boleh juga masukan daun ulaman lain seperti daun pegaga, pucuk paku atau daun putat. Ikut mana yang anda suka lah.
Kerabu Taugeh Dan Kerang Ala Utara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap
- Apa agak nya dalil PAS mahu terus subahat dengan Parti Penyakau?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?