DBKL tutup premis hiburan
DBKL tutup premis hiburan
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup tiga premis hiburan di Cheras dan Bukit Bintang dalam operasi penguatkuasaan.
DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan diambil kerana premis menjalankan aktiviti restoran, pub, kelab malam dan pusat hiburan yang melanggar syarat lesen.
READ MORE
Hasil risikan itu, katanya, terdapat enam premis yang didapati melanggar syarat lesen DBKL dan tiga diarah tutup serta-merta.
“Dalam operasi itu, DBKL mengenakan tiga tindakan penutupan serta merta dan menyita peralatan mengikut Akta Hiburan 1992, termasuk membuka tiga kertas siasatan kerana mengadakan aktiviti hiburan tanpa kebenaran.
“DBKL turut menyita 16 pelbagai peralatan muzik ke atas tiga buah premis berkenaan membabitkan peralatan seperti tablet dan pembesar suara.
“Semua peralatan muzik dihantar ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja sementara tindakan lanjut terhadap pemilik premis,” katanya.
Menurut kenyataan itu, operasi serbuan yang dibuat pada jam 9 malam dan berakhir pada jam 2 pagi tadi.
Katanya, penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kawasan tumpuan di Wilayah Persekutuan.
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
DBKL tutup premis hiburan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best