Letup mesin ATM: Dua suspek ditahan ketika ‘cuci’ wang

Letup mesin ATM: Dua suspek ditahan ketika ‘cuci’ wang

Letup mesin ATM: Dua suspek ditahan ketika 'cuci' wang
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (dua dari kiri) menunjukkan kes mesin ATM diletupkan dan wang dilarikan di Ambank Setia Alam pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. – Foto FAIZ ANUAR

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes letupan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Setia Alam dekat sini, pada 23 Februari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan ketiga-tiga suspek itu dibuat pada Selasa lalu, di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuang, Gombak dan Meru, Klang.

“Dalam kejadian rompakan itu, ketiga-tiga suspek bertindak meletupkan dua mesin ATM dan melarikan wang tunai berjumlah RM267,150 dalam satu daripada mesin berkenaan.



“Seorang suspek berusia 43 tahun yang dipercayai dalang ditahan di bengkel tempatnya bekerja selain polis turut merampas sebuah tong gas yang mempunyai tompokan hijau yang dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM.

“Dua suspek yang berusia 30 dan 33 tahun pula ditahan di rumah masing di Meru yang mana ketika serbuan dilakukan, mereka sedang mencuci wang hasil rompakan dengan menggunakan cecair peluntur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau berkata, suspek dipercayai meletupkan mesin berkenaan dengan memasukkan gas ke ruang pengeluaran wang yang diumpil.

Katanya, kerugian keseluruhan berjumlah RM327,150 membabitkan wang tunai berjumlah RM267,150 serta dua ATM yang rosak.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengulas lanjut, Hussein berkata, semakan polis mendapati ketiga-tiga lelaki tempatan itu mempunyai rekod lampau sabit jenayah dan dadah.

Katanya, polis kini sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan seterusnya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pendakwaan.

“Susulan penahanan tiga suspek itu, kita juga berjaya menyelesaikan dua lagi kes letupan ATM milik bank yang sama yang berlaku di Meru pada Disember 2020 dan Februari tahun lalu.

“Semua suspek direman tujuh hari sehingga 7 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan.



Tong gas letup, bakal pengantin lecur hampir seluruh badan

 

Letup mesin ATM: Dua suspek ditahan ketika ‘cuci’ wang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button