Guru tanggung hutang pinjaman peribadi RM100,000 akibat ditipu pelaburan saham
Guru tanggung hutang pinjaman peribadi RM100,000 akibat ditipu pelaburan saham
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang guru wanita melunaskan hutang dengan menyertai pelaburan saham ‘memakan’ diri apabila terpaksa menanggung hutang pinjaman peribadi berjumlah RM100,000.
Mangsa, Zakirah Yaakob, 30, berkata dia tertarik untuk menyertai pelaburan saham berkenaan selepas diperkenalkan oleh rakan yang juga ejen syarikat pelaburan itu pada 2021.
“Saya mula melabur di syarikat berkenaan sejak Oktober 2021 selepas pinjaman peribadi berjumlah RM100,000 diluluskan.
“Separuh (RM50,000) daripada pinjaman itu saya gunakan untuk melabur di syarikat berkenaan, manakala bakinya, saya gunakan untuk melabur saham dengan individu lain,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.
“Saya seorang yang sangat cerewet dan berhati-hati dalam membuat keputusan kerana sebelum ini sebagai seorang guru, saya sering dimaklumkan oleh pihak polis mengenai modus operandi sindiket penipuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Idrus Harun kekal Peguam Negara
- Ismail Sabri Bukan Protes Atau Merajuk Tapi Takut Kalah
- Majlis Peguam Berbeza Pendapat Dengan T. Maimoon Berkenaan Siasatan SPRM Atas Nazlan
- Bendahari Agung BERSATU ditahan SPRM
Katanya, selepas empat bulan menerima dividen sebanyak RM1,500 setiap bulan sejak Januari hingga April tahun lalu, dia tidak lagi menerima dividen dengan syarikat terbabit mula memberikan pelbagai alasan.
“Saya berasa amat malang kerana kedua-dua pelaburan yang saya sertai ini adalah penipuan.
“Disebabkan rasa tamak saya mahu menyelesaikan hutang dengan keuntungan pelaburan, saya terpaksa menanggung hutang pinjaman peribadi selama 10 tahun,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Othman Asri, 57, berkata impian dia untuk menunaikan ibadah haji menggunakan wang hasil pelaburan berkenaan turut ‘lebur’ apabila menjadi mangsa penipuan syarikat terbabit.
“Saya menyertai pelaburan ini melalui ejen yang juga kenalan ketika berborak di dalam masjid. Menurut ejen itu, pelaburan ini adalah patuh syariah.
“Ketika itu, saya memasang niat untuk menunaikan ibadah haji dan menyertai pelaburan terbabit dengan nilai pelaburan RM20,000 pada Mac 2021 bagi tujuan itu.
“Wang RM20,000 itu adalah simpanan terakhir saya dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang diambil ketika berusia 55 tahun,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
Katanya, dia menerima dividen RM500 yang dijanjikan setiap bulan dalam tempoh setahun perjanjian pelaburan berkenaan, namun tidak menerima semula modal pelaburan berjumlah RM20,000 seperti dijanjikan.
“Pelbagai alasan diberikan syarikat terbabit untuk menunda pemberian semula modal itu sehingga sekarang.
“Menyedari ditipu, saya rasa amat sedih kerana bukan sahaja niat untuk menunaikan haji lebur tetapi wang simpanan untuk menampung pembelajaran tiga anak di universiti juga hilang.
“Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk menyara kehidupan keluarga,” katanya.
Bekas polis marin didenda RM100,000
Guru tanggung hutang pinjaman peribadi RM100,000 akibat ditipu pelaburan saham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib akan dapat perbicaraan semula?
- Kes “Audit Tempering” – Bukan soal Najib dan Arul menang , kes tidak patut wujud pun.
- Sukar untuk Rafizi lakana GST setelah rakyat di “program” benci GST
- Pinda laporan audit 1MDB, Najib dan Arul dibebaskan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO