Penyokong Blackpool maut akibat bergaduh selepas aksi menentang Burnley

Lancashire: Kelab divisyen dua England, Blackpool berkata, mereka sangat terkejut selepas seorang penyokong terbunuh ketika pergaduhan membabitkan penyokong di pub sebaik tamat aksi menentang Burnley.

Penyokong yang dikenali sebagai Tony Johnson dan berusia 55 tahun itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala ketika ditemui di bahagian luar bar.

“Blackpool FC amat terkejut dan sedih apabila mengetahui berita bahawa penyokong, Tony Johnson, kehilangan nyawanya secara tragis awal pagi ini,” jelas satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu semalam.



Polis Lancashire berkata seorang lelaki berusia 33 tahun dari Burnley ditangkap di tempat kejadian kerana disyaki melakukan perbuatan yag mendatangkan kecederaan sebelum diikat jamin, sementara menunggu siasatan lanjut, sehingga 1 Jun.

“Malangnya Johnson meninggal dunia di hospital dalam sekelip mata dan keluarganya, sudah pasti berasa sedih.

“Kami menyokong mereka pada masa sukar ini dan bertekad untuk mendapatkan jawapan kepada apa yang berlaku,” kata DCI Tracey McMurdo dari Polis Lancashire.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button