Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria
Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria
DAMSYIK: Israel melancarkan serangan udara ke atas Syria dengan mensasarkan lapangan terbang Aleppo sehingga menyebabkan kerosakan besar selain menghentikan penerbangan di bandar kedua Syria yang dilanda perang.
Menurut Kementerian Pengangkutan, lapangan terbang itu menjadi saluran utama bagi penerbangan membawa bantuan sejak Syria dilanda gempa bumi pada 6 Februari lalu.
Malah, penerbangan berkenaan kini terpaksa dihentikan.
“Pada pukul 2.07 pagi (waktu tempatan), tentera Israel melancarkan serangan udara dari Mediterranean barat Latakia menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo,” jelas Kementerian Pertahanan Syria dalam kenyataan.
Menurut kementerian, kerosakan itu memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang kepada semua penerbangan.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai mangsa terkorban mahupun cedera dalam serangan udara itu.
“Jadi, tidak mungkin akan menerima penerbangan membawa bantuan sehingga kerosakan ini dibaiki,” katanya.
Jelas beliau, serangan udara itu turut menyebabkan landasan lapangan terbang terjejas.
Sementara itu, kementerian dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan segala penghantaran bantuan sudah dialihkan ke lapangan terbang Damsyik dan Latakia. – AFP
Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN
- “Kembalilah sebagai pasukan UMNO” – Khaled Nordin
- “Saya bawa 3 tekad untuk Wanita” – Datuk Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “REVU, misi dan visi jelas” – Dr Masliha
- “Saya akan bawa suara Umno Sabah” – Tok Mo
- Menteri KDN Sahkan Kenyataan DS Zahid Berhubung Keputusan RoS