Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria

Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria

Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria
Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria

DAMSYIK: Israel melancarkan serangan udara ke atas Syria dengan mensasarkan lapangan terbang Aleppo sehingga menyebabkan kerosakan besar selain menghentikan penerbangan di bandar kedua Syria yang dilanda perang.

Menurut Kementerian Pengangkutan, lapangan terbang itu menjadi saluran utama bagi penerbangan membawa bantuan sejak Syria dilanda gempa bumi pada 6 Februari lalu.

Malah, penerbangan berkenaan kini terpaksa dihentikan.



“Pada pukul 2.07 pagi (waktu tempatan), tentera Israel melancarkan serangan udara dari Mediterranean barat Latakia menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo,” jelas Kementerian Pertahanan Syria dalam kenyataan.

Menurut kementerian, kerosakan itu memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang kepada semua penerbangan.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai mangsa terkorban mahupun cedera dalam serangan udara itu.

“Jadi, tidak mungkin akan menerima penerbangan membawa bantuan sehingga kerosakan ini dibaiki,” katanya.



Jelas beliau, serangan udara itu turut menyebabkan landasan lapangan terbang terjejas.

Sementara itu, kementerian dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan segala penghantaran bantuan sudah dialihkan ke lapangan terbang Damsyik dan Latakia. – AFP

Israel bedil Semenanjung Gaza



Israel bedil lapangan terbang Aleppo di Syria


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button