Syatilla Melvin Tak Pernah Diganggu ‘Penyondol’

“Walau Sam Pelakon Tapi Dengan Isteri, Dia Tak Boleh…”

Syatilla Melvin Tak Pernah Diganggu ‘Penyondol’

Syatilla Melvin Tak Pernah Diganggu ‘Penyondol’

Sepanjang tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Syatilla Melvin berkata perkahwinannya dengan aktor Shaheizy Sam, 40, tidak pernah diganggu dengan kehadiran insan ketiga atau penyondol.

Menurut Syatilla atau Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32, dia selalu berdoa agar rumah tangganya sentiasa dilindungi Allah SWT daripada gangguan orang ketiga.



“Demi Allah buat masa ini, tiada (gangguan orang ketiga) sebab saya dan Sam, kami dah tahu perangai masing-masing.

“Kami dah 13 tahun bersama, dia buka mata dah tahu saya macam mana dan begitu juga sebaliknya.

“So once bila ada satu benda slack ke apa yang kita tahu, kita boleh baca ini something wrong ni, dia takkan boleh tipu.

“Walaupun dia (Sam) pelakon hebat.. tapi dengan isteri, dia tak boleh tipu eh.



“So bila something wrong, saya akan tahu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Tapi so far Alhamdulillah, tiap-tiap hari saya berdoa minta Allah lindung rumah tangga sebab kami ada anak-anak dan kami pun dah makin tua.

“Antara saya dengan Sam, memang tiada rahsia antara kami,” katanya kepada MH.

Syatilla ditemui pada majlis pelancaran set produk kosmetik terbaharu Kekasih Lebaran 2023 yang berlangsung Glass House Klang, Selangor pada malam Khamis.



Dalam pada itu, Syatilla juga bersyukur dikurniakan seorang suami yang tahu menjaga batas serta sedar dirinya yang berstatus suami dan juga bapa orang.

Malah, Syatilla berkata dia tidak pernah meletakkan apa-apa syarat kepada Sam sepanjang suaminya itu terlibat dengan kerja-kerja penggambaran drama a filem.

“Tiada (warning Sam jangan nakal di lokasi) sebab Sam jenis orang yang sedar diri, sedar ruang dia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kita dah kahwin, macam dia tak suka kalau kita pegang-pegang lelaki lain, macam tu juga saya tak suka kalau dia pegang perempuan lain.



“Jadi, dia tidak buat perkara itu, benda yang sama.. Sam faham benda tu dan kami sama-sama apply prinsip tersebut, insyaAllah selamat (rumah tangga),” kata Syatilla lagi.

Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy yang kini berusia 10 bulan.

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja



Syatilla Melvin Tak Pernah Diganggu ‘Penyondol’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button