Aaron Aziz Berlakon Filem Syafiq Yusof

“Tak Mahu Aibkan Sesiapa,” - Dibuang Daripada The Original Gangsters

Aaron Aziz Berlakon Filem Syafiq Yusof

Aaron Aziz Berlakon Filem Syafiq Yusof

Selepas lama berteka-teki, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan dirinya sudah tidak terlibat lagi di dalam filem The Original Gangster arahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Jelas Aaron, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu ini disebabkan rasa hormat kepada bapa Syamsul yang juga merupakan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Aaron Aziz Berlakon Filem Syafiq Yusof

“Apa yang boleh saya katakan, saya tak terlibat untuk filem The Original Gangster. Kini, saya terlibat untuk filem Sherif. Itu sahaja yang boleh saya dedahkan. Saya hanya bersikap profesional.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Saya masih beri muka kepada Datuk Yusof Haslam. Saya sudah anggap dia seperti bapa sendiri,” katanya kepada MH.

Malah, pelakon asal Singapura itu enggan mengulas lanjut tentang dakwaan perselisihan faham dengan Syamsul.

“Tentang perselisihan faham itu, biarlah mereka yang faham sahaja tahu. Yang tak tahu, kita biarkan begitu. Saya tak mahu membuka apa-apa cerita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dia pun sedang menghadapi pelbagai masalah dan macam-macam dugaan. Saya hanya doakan yang terbaik. Saya pun dah maafkan segala yang berlaku,” ulasnya lagi.

Aaron Aziz Berlakon Filem Syafiq Yusof

Pada masa sama, Aaron turut menegaskan diri bukan menarik diri sebaliknya dibuang daripada terlibat didalam filem yang dikhabar bakal menjadi filem termahal di dalam sejarah negara ini.

“Status sekarang, saya bukan menarik diri tapi dibuang. Saya sudah diberikan skrip. Dia pun ada datang rumah saya dua tiga kali, berbincang dan jalani latihan.

“Tiba-tiba saya tak diperlukan lagi. Namun, saya percaya pada qada’ dan qadar. Allah yang merancang semuanya. Setiap yang berlaku ada hikmah. Andai kata ini bukan rezeki, saya kena terima,” katanya lagi.

Aaron berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Bagaimanapun, Aaron teruju apabila dia kini bakal muncul menerusi filem aksi terbaru arahan adik, Syamsul iaitu Syafiq Yusof yang berjudul Sherif

“Dalam filem Sherif ini, saya akan bawakan watak antagonis. Watak ini sangat gila. Nemesis saya dalam drama ini adalah Syafiq Kyle dan Zul Ariffin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya rasa ramai yang menanti-nantikan babak aksi diantara saya dan Zul. Permintaan para peminat akan kami sampaikan,” akhirinya.

Pada TADS2022, Aaron telah dinobatkan selaku pemenang anugerah bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.

Drama lakonan Aaron itu juga turut diangkat sebagai Drama Terbaik.

Dendang perantau Aaron

“Tak Mahu Aibkan Sesiapa,” – Dibuang Daripada The Original Gangsters


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker