Resepi Nasi Beriani Udang
Resepi Nasi Beriani Udang
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi- rendam 30minit
8 ekor udang
Kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang,buah pelaga
1/2cawan susu cair
1 biji bawang besar-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
1/2 inci halia-dihiris
1/2 cawan gajus
3 sb rempah briyani dibancuh sedikit air
1 batang serai diketuk
1 sb serbuk lada hitam
3 sb jus lemon
3 helai daun pandan disimpul
Garam
Gula
Minyak sapi
Apricot kering (kismis pun boleh)
Daun ketumbar
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara masak:
1. Panaskan minyak sapi. Masukkan daun pandan. Tumis bawang2 hiris, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga, serai hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar. Kacau sebati. Masukkan rempah briyani. Kacau lagi, sampai pecah minyak.
3. Masukkan udang. Kacau sebati. Bila udang dah setengah masak, masukkan gajus, tomato, cili hijau, jus lemon, lada hitam.
4. Kemudian masukkan susu dan air (bergantung sukatan beras). Biar sekejap, masukkan beras. Masukkan garam gula atau serbuk perasa.
5. Kacau sebati, tutup periuk. Biar sampai nasi agak2 nak masak dah, masukkan apricot dan ketumbar. Tutup periuk. Biar nasi betul2 masak, tutup api. Siap!
Tiga jam dah habis
Resepi Nasi Beriani Udang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula