Arkitek pilih jadi model sepenuh masa selepas kurus
‘Insaf’ selepas berlaku insiden tak cukup kain nak buat baju
Arkitek pilih jadi model sepenuh masa selepas kurus

SEORANG gadis menerima pujian netizen selepas dia berkongsi video transformasi fizikalnya menerusi media sosial.
Dalam video tular itu, Adnin Tasneem, 26, menujukkan keadaan dirinya ketika dia memiliki berat badan 89 kilogram (kg) pada 2020.
Selepas berhempas-pulas selama dua tahun, gadis itu mampu tersenyum bangga dengan berat badan terkini, sekali gus mengubah banyak perkara dalam hidupnya.

Senang disapa Tasneem, dia pada awalnya tidak menyedari perubahan pada badannya, namun mula membuat perubahan demi mengekalkan kesihatan diri.
“Saya belajar dan bekerja dalam bidang Seni Bina. Jadi ada kecenderungan untuk tak tidur malam dan makan lewat malam. Kemudian saya banyak bergantung kepada kopi.
“Bila tidur tak jaga, berat pun naik mendadak tanpa sedar. Masa akhir tahun 2020, berat saya mencecah 90kg. Tapi saya belum sedar lagi pada waktu itu sehinggalah saya pergi ke Vietnam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional akan hadapi Enam PRN dengan berstatus “Kleptokrat” dan “Penyamun”.
- Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama
- Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker
Masa saya berbadan besar, orang sekeliling juga tak percaya saya nak buat perubahan. Tapi saya tak ambil hati apa orang nak cakap.
ADNIN TASNEEM
“Ketika nak jahit baju di sana, tukang tu cakap saya tak cukup kain untuk buat baju. Kena cari dan tambah kain lain. Masa tu baru saya sedar berat dah meningkat.
“Tapi masa tu, saya tak fikir soal nak cantik. Masa tu saya pergi kerja pun tak bersolek. Sasaran saya cuma nak sihat agar mudah nak bekerja,” ujarnya.
Tasneem berkata dia tidak terlalu menekan dirinya, sebaliknya menjalani rutin menurunkan berat badan secara sihat dan santai sahaja.
“Saya tonton video senaman di YouTube dan jadikan ia sebagai panduan. Pada masa sama saya jaga pemakanan. Saya makan semua benda, tapi dalam saiz sederhana.
“Saya percaya kalau kita terlampau ikat, lama-lama kita tak boleh kawal. Boleh saja makan apa-apa, tapi lepas makan tu ‘bakar’ la sikit,” ujarnya yang turut melakukan senaman aerobik serta jogging.
Beberapa kali hampir berputus asa, Tasneem bagaimanapun tekad dengan perjuangannya sehinggalah dia memiliki berat badan 53kg.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
- Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’

“Banyak kali nak putus asa, sebab perjuangan itu tersangkut ketika berat saya 77kg. Lama stuck di situ. Tapi saya push lagi diri saya. Yang penting, kita kena percaya dengan diri.
“Masa saya berbadan besar, orang sekeliling juga tak percaya saya nak buat perubahan. Tapi saya tak ambil hati apa orang nak cakap, sebab hanya saya yang tahu perubahan diri sendiri.
“Orang keliling tak nampak, siap ada yang kata kau diet, tapi nampak sama je,” ujar graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Selepas berjaya menurunkan berat badan, Tasneem mula aktif sebagai content creator di TikTok sehingga dia menerima banyak tawaran yang tidak pernah disangkakan sebelum ini.
Dedah Tasneem, dia akhirnya nekad untuk meninggalkan bidang Seni Bina dan memulakan kerjaya baharu sebagai model bermula tahun lepas.
“Saya tamat belajar pada tahun 2021. Saya sempat bekerja dalam bidang Seni Bina selama enam bulan. Selepas kurus, saya mula ceburi kerjaya sebagai content creator di Instagram, saya buat tutorial tudung dan fesyen.
“Kemudian saya dapat tawaran sebagai model. Kini saya merupakan model sepenuh masa. Alhamdulillah, so far so good, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.
“Pada saya, kerja apa pun sama saja. Sudah tentu saya rindu bidang Seni Bina, tapi saya teruja untuk pergi jauh dalam bidang baharu ini,” ujar bekas arkitek itu.
SALAH SATU KEMBAR KECIL – AINAN TASNEEM HARAP BERSALIN CUKUP BULAN
Arkitek pilih jadi model sepenuh masa selepas kurus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :