17 terbunuh, 25 cedera bas rempuh pagar lebuh raya di Bangladesh

17 terbunuh, 25 cedera bas rempuh pagar lebuh raya di Bangladesh

17 terbunuh, 25 cedera bas rempuh pagar lebuh raya di Bangladesh

KEMALANGAN membabitkan bas kerap berlaku di Bangladesh. -AFPDHAKA: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan lebih 25 cedera di Bangladesh selepas sebuah bas merempuh pagar lebuh raya dan terjunam ke dalam parit di tepi jalan

Polis berkata, mereka mengesyaki pemandu hilang kawalan pada pukul 8:00 pagi waktu tempatan dan melanggar pagar lebuh raya utama yang baharu dibina, menyebabkan bas itu terhumban 10 meter ke dalam parit.



“Seramai 17 orang maut dalam kemalangan itu. Mereka yang cedera dihantar ke hospital di wilayah itu,” kata Ketua Polis tempatan, Masud Alam kepada AFP selepas nahas di daerah selatan Shibchar.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Bangladesh kerana keadaan kenderaan dan jalan lama diselenggara dengan teruk serta pemandu yang kurang terlatih.

Seorang pemantau kemalangan lebuh raya berkata, rekod menunjukkan 9,951 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Bangladesh tahun lalu.

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



17 terbunuh, 25 cedera bas rempuh pagar lebuh raya di Bangladesh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button