Tiga beradik didakwa merompak empat mangsa

Tiga beradik didakwa merompak empat mangsa

Tiga beradik didakwa merompak empat mangsa
Tiga beradik, Wan Ahamad Syakir Idaham Mohd Noor, 19; Wan Mohamad Amirul Aizzat, 23; dan Che Aliff Afendi, 36, didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan merompak dengan bersenjatakan kapak di Kampung Kok Lanas dan di sebuah kedai di Jalan Kuala Krai Batu 11, Kadok, Julai lalu. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak dalam empat kejadian, antara 24 April hingga 17 Julai lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Wan Ahamad Syakir Idaham Mohd Noor, 19, yang bekerja sebagai buruh; Wan Mohamad Amirul Aizzat, 23; dan Che Aliff Afendi, 36, masing-masing penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, Wan Mohamad Amirul Aizzat didakwa melakukan rompakan terhadap seorang wanita berusia 19 tahun iaitu mengambil wang RM1,400 di Kampung Kok Lanas di sini, jam 8 pagi, pada 24 April lalu.



Bagi pertuduhan lain, Che Aliff Afendi didakwa merompak seorang wanita berusia 40 tahun dengan bersenjatakan sebilah kapak sehingga mendatangkan kerugian RM159 di sebuah kedai di Jalan Kuala Krai Batu 11, Kadok di sini, jam 1.35 tengah hari, pada 14 Julai 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK), dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing



Bagi pertuduhan seterusnya, Wan Ahamad Syakir Idaham didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas merompak dan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun antara jam 8.30 pagi hingga jam 9 pagi, pada 15 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 394 KK yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Wan Ahamad Syakir Idaham dan Che Aliff Afendi didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan kapak terhadap dua mangsa berusia 20 dan 40 tahun di sebuah kedai di Jalan Kuala Krai Batu 11, Kadok, 6.30 petang, pada 17 Julai 2023.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 395 KK dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin, manakala tiga beradik itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalna tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, manakala tertuduh mahu melantik peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tiga beradik didakwa merompak empat mangsa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button