Ukraine bimbang Jinping lawat Russia
Ukraine bimbang Jinping lawat Russia
WARSAW: Pihak Ukraine dilaporkan bimbang terhadap lawatan dan pertemuan Presiden China, Xi Jinping bersama Presiden Russia, Vladimir Putin selama tiga hari bermula semalam.
Lapor AFP, Ukraine bimbang China akan membekalkan senjata kepada sekutu strategiknya itu sekali gus mempengaruhi keputusan perang terhadap mereka.
Bagaimanapun, Beijing dilihat berusaha menjadi pihak berkecuali dalam konflik, tidak mengutuk mahupun secara terang-terangan menyokong pencerobohan Russia.
HUBUNGAN DIPLOMATIK
Walaupun China berkeras untuk menghormati prinsip integriti wilayah Ukraine, bagaimanapun, ia dilaporkan tetap memberikan sokongan diplomatik kepada Moscow sejak pencerobohan dilakukan pada Februari tahun lalu.
Tanpa sebarang pengaruh, Ukraine berharap tekanan daripada sekutu Baratnya terhadap kepemimpinan China akan membantu mengekalkan keseimbangan yang rapuh ini.
Timbalan Pengarah Pertama Badan Pemikir Pusat Eropah Baharu di Kyiv, Sergiy Solodky memberitahu, jangkaan Ukraine mengenai pertemuan dua pemimpin itu adalah pada tahap yang minimum iaitu dianggap tidak lagi merumitkan keadaan.
Topik pertemuan dua pemimpin itu sangat sensitif sehingga pihak berkuasa Ukraine tidak mahu mengulas secara terbuka mengenai Putin dan Jinping yang sepatutnya bertemu sekurang-kurangnya dua kali pada tahun ini.
LAWATAN DITELITI
Kata seorang pegawai kanan Ukraine kepada AFP yang tidak mahu namanya disiarkan, Ukraine akan mengikuti lawatan ini dengan teliti.
“Bagi kami adalah amat penting bagi China mengekalkan dasar penghormatan yang tidak berbelah bagi terhadap integriti wilayah negara lain,” kata pegawai itu yang merujuk kepada Russia yang kini menceroboh lima wilayah Ukraine.
Pada masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) pada Februari lalu menuduh Beijing mempertimbangkan untuk membekalkan senjata kepada Russia kerana pencerobohannya di Ukraine sudah terhenti.
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns memberitahu CBS, pihaknya yakin bahawa kepemimpinan China sedang mempertimbangkan penyediaan peralatan ‘maut’ kepada Russia.
PELURU DAN DRON
Menurut laporan media, peralatan yang mungkin dibekalkan kepada Russia mungkin peluru dan dron. Bagaimanapun, China menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
Sehingga kini, hanya Iran membekalkan dron ke Moscow yang digunakan khusus untuk menyasarkan kemudahan infrastruktur tenaga Ukraine.
Bagaimanapun, pegawai AS berkata, syarikat China tidak akan membekalkan Russia dengan peralatan ‘maut’.
“Jika mereka mula membekalkan senjata, itu akan menjadi masalah serius bagi kami,” kata seorang lagi pegawai kanan Ukraine pada awal Mac lalu, bercakap tetapi bersyarat iaitu tidak mahu namanya disiarkan.
Setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara Ukraine, Oleksiy Danilov turut meremehkan perkara sedemikian termasuk usaha memberi bekalan ketenteraan ke Russia.
“China… tidak akan bersubahat dengan Russia,” katanya dalam satu wawancara.
Sementara itu, penganalisis Ukraine, Yurii Poita yang kini merupakan felo penyelidik pelawat di Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Ukraine yang berpangkalan di Taipei juga berpendapat tidak mungkin bekalan ketenteraan diberikan pada peringkat ini.
“Kami tidak menjangkakan bekalan kereta kebal China, penerbangan atau sistem roket pelancar berganda dihantar dalam jangka pendek,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula
- AGM tiada sambutan , Waktu sesuai bubar Majlis Peguam?
- Akar Umbi Berikan Mesej Jelas Kepada Kluster Broker Dalam Pemilihan UMNO
Buat masa ini, China sebenarnya sedang berusaha untuk meletakkan dirinya sebagai orang tengah.
Pada akhir Februari lalu, Beijing menerbitkan dokumen 12 mata yang menyeru Moscow dan Kyiv mengadakan rundingan damai.
Tetapi, hal itu bertentangan dengan tuntutan dari Ukraine dan kuasa Barat kerana ia tidak menyebut pengunduran tentera Russia dari wilayah Ukraine.
Ia juga mengkritik sekatan satu pihak yang dikenakan ke atas Russia.
Xi Jinping muncul di televisyen, dakwaan hilang hanya spekulasi
Ukraine bimbang Jinping lawat Russia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah ‘Datuk Roy’ Di Kambing Hitam Untuk Selamatkan Anak Muhyiddin?
- Cubaan sentimen umpama “ICERD” – Anwar sudah hidu niat Proklamasi Mahathir
- 100 syarikat bakal gulung tikar, Sapura bakal ikut serta.
- Sejauh Mana Kerajaan Perpaduan Serius Dalam Mendaulatkan Keadilan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim