Siap sedia lancar serangan nuklear – Jong-un

Siap sedia lancar serangan nuklear – Jong-un

Siap sedia lancar serangan nuklear – Jong-un
JONG-un (tengah) bersama anak perempuannya (kiri) sedang memerhati ujian pelancaran peluru berpandu kepala peledak simulasi serangan nuklear taktikal di daerah Cholsan, wilayah Pyongyang Utara. – AFP

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa negara itu bersiap sedia untuk melancarkan serangan nuklear pada bila-bila masa dalam usaha menghalang perang.

Agensi berita KCNA melaporkan pemimpin itu menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan mempertingkatkan latihan ketenteraan bersama melibatkan aset nuklear Washington.

Jong-un mengeluarkan kenyataan demikian ketika Pyongyang menjalankan latihan bertujuan mengukuhkan `pencegahan perang dan keupayaan serangan balas nuklear’ untuk menghantar amaran keras terhadap negara sekutu itu.



Dalam latihan hujung minggu lalu, peluru berpandu balistik yang dilengkapi dengan kepala peledak nuklear palsu dilancarkan sejauh 800 kilometer (km).

Ia sebelum mencapai sasaran pada ketinggian 800 meter di bawah senario serangan nuklear taktikal.

Jong-un yang menyelia ujian pelancaran itu memaklumkan latihan tersebut meningkatkan keupayaan perang sebenar tentera, selain menekankan keperluan untuk memastikan postur kesediaan bagi sebarang `serangan balas nuklear segera’ melalui latihan berkenaan.

“Situasi semasa memerlukan Korea Utara segera meningkatkan pencegahan perang nuklear secara eksponen.



“Ia berdasarkan keadaan musuh yang semakin ketara dalam tindakan mereka untuk menyerang Korea Utara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Jelas Jong-un, serangan nuklear Korea Utara mampu menghalang, mengawal dan menguruskan gerakan dan provokasi melulu musuh dengan kesiapsiagaan perang yang tinggi.

“Ia juga berupaya melaksanakan misi penting tanpa teragak-agak sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini,” katanya.

KCNA juga menyiarkan beberapa gambar memaparkan Jong-un sekali lagi menghadiri ujian pelancaran peluru berpandu terbaharu bersama anak perempuannya.



Korea Selatan dan Jepun melaporkan pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat Korea Utara di luar pantai timur semalam, yang terbaharu dalam siri ujian peluru berpandu sejak beberapa minggu kebelakangan ini. – REUTERS

7 peluru berpandu Korea Utara dipantau Jong-un

Siap sedia lancar serangan nuklear – Jong-un


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Dr Mahathir Tutup Aib Sendiri Dengan Menyalahkan Anwar Ibrahim

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading