Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan babit empat kenderaan

Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan babit empat kenderaan

Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan babit empat kenderaan

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga lori dan sebuah kereta di Simpang Tenggayun, Jalan Pekan Nenas, Pontian, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Asnawi Jumaat, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan pada jam 1.53 tengah hari dan sepasukan enam anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.



“Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba mendapati lima mangsa terbabit dalam kemalangan itu termasuk seorang lelaki berusia 27 tahun yang memandu lori Nissan UD didapati telah meninggal dunia.

“Pemandu itu bersama kelindannya iaitu seorang lelaki berusia 22 tahun tersepit di dalam lori mereka dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian turut menyebabkan seorang lelaki yang memandu lori Hino 12 tan cedera manakala seorang lelaki pemandu lori Hino lima tan dan lelaki pemandu kereta Proton Saga, selamat.

Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan babit empat kenderaan


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button