Bella Astillah dah maafkan Sophia AlBarakbah

Bella Astillah dah maafkan Sophia AlBarakbah

Bella Astillah dah maafkan Sophia AlBarakbah
BELLA Astillah.

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sudah memaafkan pelakon, Sophia AlBarakbah yang sebelum ini didakwa mengganggu rumah tangganya dengan Aliff Aziz tetapi tidak akan melupakan perkara itu.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, berkata, dia kini mengutamakan ketenangan hati dan tindakan memaafkan itu membuatkan dia lebih tenang untuk menjalani kehidupan bersama suami dan anak-anak.

“Saya sudah memaafkan dia (Sophia), tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku itu. Saya juga doakan semoga dia terus berjaya,” katanya.



Ditanya juga sama ada dia bersedia digandingkan dengan Sophia dalam lakonan, Bella berkata, sama seperti keputusan Aliff, dia juga tidak akan menerima tawaran berlakon bersama Sophia.

“Keputusan Aliff dan saya sama. Kami tak akan kerjasama lagi dengannya lagi dalam lakonan. Cukuplah dalam drama sebelum ini. Saya dan Aliff sudah berbincang mengenai perkara ini dan ia keputusan terbaik,” katanya kepada Harian Metro.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengulas mengenai sama ada dia campur tangan untuk persetujuan memilih heroin yang boleh berlakon dengan suaminya, Bella berkata, dia masih ada kepercayaan terhadap Aliff.

“Dalam urusan kerja lakonan Aliff, saya tak campur tangan dan okay saja dia berlakon dengan wanita lain. Saya tidak menentukan heroin untuk dia termasuk mengikutnya ke lokasi penggambaran.



“Saya masih percayakan Aliff dan bagi projek lakonan terbaru bersama pelakon, Trisha Ooi. Nampaknya semua okay dan naluri hati saya juga tidak berasa curiga. Ia berbeza daripada sebelum ini. Sebagai isteri, naluri hati dirasakan itu selalu benar,” katanya.

Terdahulu, timbul kontroversi membabitkan Aliff dan Sophia sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya dengan Bella ketika membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di slot Akasia TV3 pada Februari lalu.

Ia selepas pendedahan Bella memaklumkan wanita berkenaan mengaku dia ‘tersuka’ dengan Aliff. Malah, sering membuat panggilan telefon kepada Aliff setiap hari kira-kira tujuh hingga lapan kali ketika mereka berlakon bersama itu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.



Mereka kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.

Sophia Albarakbah Mengaku Bercinta Dengan Doktor

Bella Astillah dah maafkan Sophia AlBarakbah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Raja Petra kata Muhyiddin dikelilingi cytro bodoh

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button