Khalid Jamlus selamat dalam kemalangan bas

Kuala Lumpur: Berpantang maut sebelum ajal. Demikian terjadi kepada bekas penyerang skuad bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus selepas bas dinaiki dalam perjalanannya ke Pulau Langkawi terbabit dalam kemalangan.

Situasi itu dikongsi Khalid dalam satu video berdurasi 1 minit empat saat apabila bekas pemain Perak FA ketika itu sedang membuat sesi live bersama beberapa kenalannya.

Dalam video itu turut kelihatan keadaan bas yang remuk teruk di bahagian depan selain tingkap hadapan pecah akibat kemalangan itu.



Bagaimanapun, bekas penyerang prolifik Harimau Malaya itu dilaporkan selamat selepas kemalangan itu.

“Pada 7 April 2023, kenangan yang tak mungkin dilupakan…Alhamdulillah Allah menyayangi kami semua,” tulisnya di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Khalid bersyukur kerana pemain itu tidak cedera sambil menitipkan doa supaya segala urusannya dipermudahkan Tuhan.

 



 

 

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button