Rakyat Malaysia di Sudan berjaya dipindahkan
Rakyat Malaysia di Sudan berjaya dipindahkan

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang berada di Kompleks Petronas Khartoum, Sudan yang menjadi sasaran telah berjaya dipindahkan ke tempat selamat pada lewat petang semalam.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memaklumkan, beliau mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar untuk memanggil Duta Besar Sudan ke Malaysia bagi menyuarakan pandangan negara ini dalam konflik terbaharu dan situasi semakin meruncing ekoran laporan pengambilan paksa Kompleks Petronas yang turut menempatkan Kedutaan Besar Malaysia.
“Selain itu, Malaysia juga menyampaikan bantahan ke atas tindakan pihak-pihak tertentu yang telah menceroboh kompleks berkenaan.
“Dalam pertemuan berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) telah menekankan keutamaan untuk kesemua pihak di Sudan untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan dipelihara. Ia adalah konflik dalaman dan kepentingan warganegara asing tidak harus menjadi sasaran pihak-pihak yang bertelagah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Zambry memaklumkan Malaysia sedang mengambil langkah untuk membawa pulang semua rakyat sebaik keadaan mengizinkan dan memohon kerjasama pihak Sudan bagi menjamin kelancaran usaha berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Yang Bakal Di Kambing Hitam Dalam Kes Minyak Masak KPDN
- MB Perak tempelak Khairy , “Biar orang UMNO urus hal UMNO”
- Ada pihak bimbang kerja konspirasi akan terdedah jika Najib bebas?
Beliau menekankan, keselamatan kesemua rakyat Malaysia di Sudan adalah keutamaan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan kesemua mereka akan dibawa keluar dari Sudan jika keselamatan terancam.
“Bagi tujuan ini, pasukan khas yang diketuai oleh Wisma Putra telah merangka pelan evakuasi untuk membawa pulang 32 rakyat Malaysia berdasarkan data terkini yang dikongsikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.
“Ia akan dilaksanakan bersama negara-negara sahabat serta-merta sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian. Walau bagaimanapun, keadaan semasa masih belum mengizinkan proses evakuasi dilakukan kerana pertempuran masih memuncak,” ujar beliau.
Zambry kemudiannya memohon kerjasama semua pihak jika ada ahli keluarga yang berada di Sudan tetapi masih tidak menyatakan keberadaan mereka atas kekangan jalinan komunikasi untuk segera berbuat demikian dan penting bagi perancangan evakuasi kelak.
“Berdasarkan keadaan semasa, jika terdapat window of opportunity, jangkaan masa yang diberikan mungkin amat terhad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sejauh Mana Ahli UMNO Menghargai Pengorbanan DS Najib?
- 15 Ahli Parlimen BN Akan Letak Jawatan?
- Tidak mengejutkan pemimpin UMNO lompat parti, mengejutkan bila yang khianat belum lompat lagi.
“Sememangnya, amat penting bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negeri untuk sentiasa menghubungi Pejabat Perwakilan kita bagi mengemas kini data keberadaan. Ini akan membantu Kerajaan dalam menggembleng tenaga dan sumber dalam memastikan keselamatan rakyat khususnya dalam keadaan genting seperti sedang berlaku di Sudan,” katanya.
Beliau juga memaklumkan bahawa krisis di Sudan turut memberi kesan kepada semua pejabat kedutaan asing apabila terdapat laporan serangan dilakukan ke atas Duta Besar Kesatuan Eropah, rakyat Jepun dikasari, kenderaan diplomatik Amerika Syarikat ditembak manakala kediaman rasmi Duta Besar Kuwait ke Sudan diceroboh.
Dalam pada itu, Zambry mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang telah mengarahkan semua masjid membuat solat hajat ke atas kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.
“Diharapkan dengan doa daripada semua rakyat Malaysia, usaha kita membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan akan dipermudahkannya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim
- Saman dan gaduh dengan Anwar boleh bikin rakyat lupa Zeti dan Nazlan masih belum didakwa.
- Apa sebenar nya yang Lim Kit Siang mahu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq