Luas asas cukai

Luas asas cukai

Luas asas cukai
KADAR cukai untuk individu dijangka dikekalkan.

INSTITUT Percukaian Malaysia (CTIM) menjangkakan tiada pemotongan cukai untuk individu atau korporat, tetapi lebih banyak butiran lanjut mengenai cukai barangan mewah (LGT) dan mekanisme cukai keuntungan modal (CGT) dalam Belanjawan 2024 akan datang.

Presiden Chow Chee Yen berkata, kadar cukai untuk individu dijangka dikekalkan kerana perubahan telah dibuat dalam Belanjawan 2023 seperti pengurangan cukai pendapatan dua mata peratusan bagi mereka yang berpendapatan antara RM35,001 dan RM100,000.

“Dijangka tiada pemotongan cukai kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meluaskan asas cukainya,” katanya kepada Bernama dalam menyatakan harapan CTIM untuk Belanjawan 2024 melalui e-mel. baru-baru ini.



Chow berkata, pelepasan cukai peribadi untuk individu mungkin dipertingkatkan sejajar dengan kenaikan kos sara hidup, contohnya dengan menggabungkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelepasan cukai insurans serta meningkatkan kuantumnya.

“Mungkin terdapat keperluan untuk menyelaraskan beberapa bantuan peribadi supaya selaras dengan keperluan semasa rakyat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




Bagi entiti korporat, beliau berpendapat potongan cukai khas dan insentif cukai mungkin dicadangkan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang berkaitan dengan tadbir urus cukai korporat, prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan pelaksanaan sistem e-invois.

Chow percaya kerajaan meneliti pelaksanaan LGT dan sedang mengkaji amalan terbaik di negara lain dan cara ia boleh dilaksanakan di Malaysia pada kadar diunjurkan antara tiga hingga lima peratus.

LGT yang akan dikenakan ke atas barangan mewah tertentu tahun ini untuk mengembangkan asas cukai, dicadangkan dalam Belanjawan 2023 yang disemak semula, ia dibentangkan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, tiada butiran mengenainya sejak pengumuman itu.



Dalam belanjawan sama yang disemak semula, kerajaan juga berkata ia akan mengkaji untuk memperkenalkan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024 pada kadar lebih rendah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.


“Saya menjangkakan Belanjawan 2024 akan mengeluarkan butiran tentang mekanisme cukai keuntungan modal dan LGT,” kata Chow.



Mengenai pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Chow berkata, kerajaan mungkin akan melaksanakannya pada masa yang sesuai, selepas ia dimansuhkan pada 2018.

Luas asas cukai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading