Moonbin ASTRO meninggal dunia

Seoul : Anggota kumpulan ASTRO, Moonbin, 25, disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak bernyawa di kediamannya, di sini, malam tadi.

Balai Polis Gangnam, Seoul, melaporkan penyanyi terbabit disahkan meninggal pada jam 8.10 malam (waktu tempatan), malam tadi.

Mayat penyanyi itu ditemui di kediamannya di Gangnam oleh pengurusnya. Pengurus terbabit kemudian segera menghubungi polis.



Polis dalam kenyataannya tidak menafikan penyanyi itu membunuh diri.

“Nampaknya Moonbin ‘cabut’ nyawanya sendiri,” kata polis.

Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya akan ditentukan jika bedah siasat perlu dilakukan.

“Buat masa sekarang, kami masih berbincang kemungkinan untuk buat autopsi untuk mencari punca sebenar kematian itu,” katanya.



Moonbin sepatutnya mengadakan persembahan acara Dream Concert yang diadakan di beberapa lokasi bersama Sanha.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button