SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri

SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri

SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri

 

Teka-teki mengenai siapa mantan perdana menteri yang akan disiasat oleh SPRM berkaitan salah guna dana kerajaan kini hampir terjawab.

Dilapurkan, pihak SPRM telah membuat ‘lawatan mesra’ di dua pejabat kementerian di Putrajaya.



Satu pasukan dilapurkan telah ‘bertanya khabar’ di pejabat Kementerian Kewangan.

Manakala satu lagi pasukan dikatakan membawa ‘salam Keluarga Malaysia’ di pejabat Perdana Menteri, juga di Putrajaya.

Namun pegawai dan kakitangan yang berada di kedua-dua kementerian tersebut tidak perlu bimbang kerana mereka tiada dalam radar siasatan SPRM.

Sebab itu dalam kedua-dua ‘lawatan mesra’ SPRM tersebut, tiada tangkapan dibuat.



Tetapi sumber memaklumkan, apabila siasatan mendalam dilakukan nanti, besar kemungkinan akan ada tangkapan dibuat.

Apa yang SPRM mahukan ialah dokumen-dokumen penting yang berkaitan dengan salah guna dana kerajaan yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu.

SPRM juga dikatakan mahu mencari dokumen yang boleh mengesahkan jumlah sebenar dana yang telah diselewengkan.

Penulis difahamkan, sebahagian dari dana yang telah diselewengkan itu telah digunakan untuk kempen PRU 15 pada tahun 2022.



Manakala bakinya telah dimasukkan  ke dalam beberapa akaun ahli keluarga dan proksi bekas perdana menteri tersebut.

Dan kepulangan bekas perdana menteri tersebut dari ‘tanah suci Dubai’, maaf tersilap, tanah suci Mekah akan disambut meriah oleh SPRM.

Nampaknya, segala usaha berselfie dan berpelukan dengan timbalan perdana menteri di Mekah tidak menjadi.

Mungkin selepas ini, pembantu khas beliau boleh usahakan supaya bos beliau dapat berselfie dengan Azam Baki…😜😜😜



 

SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button