Dolla Sentiasa Cuba Beri Yang Terbaik Buat Peminat – ‘Selebriti Bukanlah Robot’

Dolla Sentiasa Cuba Beri Yang Terbaik Buat Peminat – ‘Selebriti Bukanlah Robot’

Dolla Sentiasa Cuba Beri Yang Terbaik Buat Peminat – ‘Selebriti Bukanlah Robot’

Menjadi seorang yang dikenali ramai semestinya berhadapan dengan pelbagai isu sama ada baik mahupun sebaliknya. Namun, sebagai seorang selebriti, hubungan dengan peminat haruslah dijaga.

Begitulah kumpulan Dolla yang akan selalu cuba untuk memberi layanan yang terbaik kepada peminat setiap kali bertemu.



Layanan terbaik

Dolla Sentiasa Cuba Beri Yang Terbaik Buat Peminat – ‘Selebriti Bukanlah Robot’

Ketika ditemui OhBulan!, salah seorang ahli kumpulan Dolla, Syasya akui memahami dengan situasi yang melibatkan pelakon sedang meningkat naik Amir Ahnaf bersama peminatnya.

Selebriti bukan robot, kami juga lalui fasa ups and downs. Ada peminat yang faham dan ianya bagus. Tapi kalau ada yang tak faham, kami tetap akan cuba yang terbaik untuk mereka.

Apa yang jadi pada Amir Ahnaf, mungkin saya faham. Kepada peminat kami yang selalu inginkan gambar bersama, Insya-Allah selagi kami mampu, kami akan layan walau penat macam mana pun.

Dolla berkata demikian ketika majlis pelancaran Pizza Hut Melts dalam kerjasama dengan Dolla di Pizza Hut, Sunway Pyramid.



Tugas artis

Dolla Sentiasa Cuba Beri Yang Terbaik Buat Peminat – ‘Selebriti Bukanlah Robot’

Dalam pada itu, Tabby turut menyatakan bahawa melayan peminat merupakan tugas bagi seorang yang bergelar artis.

Bagi saya, sebagai artis kita cuba sedaya upaya untuk peminat walaupun dalam keadaan penat. Kami memahami saja, manusia kan. Tapi kerja kami adalah layan dan memberi semula kasih sayang kepada peminat.

Walau bagaimanapun, Dolla menegaskan bahawa selebriti turut sama seperti manusia biasa yang melalui fasa jatuh dan bangun.



Terdahulu, pelakon drama bersiri Projek: High Council itu menjadi isu apabila didakwa enggan melayan permintaan peminat yang menunggunya untuk bergambar.

Dolla Sentiasa Cuba Beri Yang Terbaik Buat Peminat – ‘Selebriti Bukanlah Robot’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button