Adik 9 tahun maut dicekik abang

Adik 9 tahun maut dicekik abang

Adik 9 tahun maut dicekik abang
Ain cuba membantu kanak-Kanak lelaki sembilan tahun yang dicekik abangnya di Bukit Piatu. – Foto BH/NURALIAWATI SABRI

MELAKA: “Besar harapan saya dapat menyelamatkan mangsa namun ketika menepis tangan abangnya saya melihat muka adiknya sudah kebiruan.

“Melihat situasi itu saya menjerit meminta tolong dengan jiran yang lain agar segera menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan,” kata Ain, 31, saksi kejadian yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dipercayai dicekik abangnya dalam kejadian di Bukit Piatu, di sini, hari ini.

Ain yang juga jiran kepada keluarga itu berkata, beliau menerima panggilan daripada ibu kanak-kanak terbabit kira-kira jam 12 tengah hari yang meminta ke rumah dan melihat anak ketiganya yang didakwa dicekik oleh abangnya, selepas melihatnya menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbit.



Katanya, sebaik tiba di rumah jirannya itu hanya terdapat dua beradik berkenaan di ruang tamu dan ketika itu anak ketiga jirannya itu sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala abangnya yang berusia 14 tahun seakan-akan dirasuk.

“Emaknya yang tiba tidak lama selepas itu kemudian ditenangkan oleh jiran yang lain. Saya difahamkan mangsa tidak ke sekolah hari ini kerana sakit mata dan ditinggalkan bersama abang sulungnya. Pergerakan kedua-dua mereka dipantau menerusi CCTV.

“Saya masih trauma dan terkejut kerana melihat kejadian di depan mata. Abangnya seorang remaja yang baik tetapi difahamkan kebelakangan ini dia beberapa kali seperti meracau,” katanya.

“Mangsa berusia sembilan tahun manakala abangnya 14 tahun dan kes masih dalam siasatan.



“Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, selain menjaga sensitiviti keluarga,” katanya.

Adik 9 tahun maut dicekik abang
Rumah tempat seorang kanak-Kanak maut dipercayai dicekik abangnya di Bukit Piatu, Melaka. – Foto BH/NURALIAWATI SABRI

Adik 9 tahun maut dicekik abang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button