Banduan maut kerana sesak nafas ketika makan.

Banduan maut kerana sesak nafas ketika makan.

Banduan maut kerana sesak nafas ketika makan

ARAU: Seorang banduan maut selepas sesak nafas ketika makan tengah hari di Pusat Koreksional Perlis, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superitendan Shaharruddin Abdul Talib, berkata kejadian berlaku jam 1.15 tengah hari ketika mangsa, Mohd Hanafiah Abdul Samad, 42, sedang makan di bilik tahanannya.



“Mangsa yang sedang makan tengah hari itu tiba-tiba mengalami sesak nafas sehingga tidak sedarkan diri. Pegawai penjara yang menyedari kejadian itu kemudian segera membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, 25 minit kemudian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa ialah banduan dalam tempoh tahanan reman dari Langkawi.

“Dia ditahan di Pusat Koreksional Perlis bermula 16 Mei lalu atas kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.



“Berdasarkan rekod kesihatan mangsa juga didapati mempunyai sejarah penyakit Hepatitis C dan sering mengambil alat penyedut pernafasan kerana sering mengalami semput,” katanya.

Shaharruddin berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Banduan maut kerana sesak nafas ketika makan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading