Selaras pertukaran bateri motosikal EV

Selaras pertukaran bateri motosikal EV

Selaras pertukaran bateri motosikal EV
TENGKU Zafrul (dua dari kanan) pada pelancaran Prime Mover EV.

Shah Alam: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) kini dalam usaha untuk menyelaraskan kaedah pertukaran bateri (battery swapping) untuk motosikal elektrik (motosikal EV) dalam pasaran negara ini.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, faktor kos bateri yang tinggi menjadikan kenderaan elektrik (EV) masih kekal untuk golongan T20 namun kerajaan sentiasa mencari jalan terbaik supaya ia dapat dinikmati semua golongan.

“Buat masa ini insentif sudah diberikan dalam bentuk percukaian namun dengan kemajuan teknologi dan skala permintaan, kos-kos bateri akan mula menurun.



“Kami juga baru bermesyuarat dengan Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan untuk membincangkan bagaimana menjadikan kos motosikal EV lebih rendah menerusi kaedah pertukaran bateri daripada pengeluar motosikal itu untuk mencapai golongan sasarnya iaitu B40 dan M40,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Prime Mover EV di sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Volvo Trucks International, Johan Selvėn; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swift Haulage Berhad, Loo Yong Hui dan Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O’Connell.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu




Volvo Trucks Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri sebagai pengeluar kenderaan komersial pertama memperkenalkan Trak Elektrik Prime Mover Volvo FM di Malaysia dan Asia Tenggara yang bakal digunakan oleh syarikat Swift Haulage Berhad.

Pembelian dua unit trak ini dengan capaian sejauh 300 kilometer (km) satu pengecasan penuh bakal digunakan untuk tujuan penghantaran logistik dari Pelabuhan Klang ke Klang dan sekitar Shah Alam buat masa ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, Malaysia melihat potensi dalam pasaran EV Asean, yang dijangka berkembang kepada RM11.77 bilion menjelang 2027.

“Di Malaysia, kerajaan komited untuk memacu usaha menarik pelaburan EV dan mencapai sasaran negara sebanyak 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri untuk EV dan hibrid menjelang 2030.



“Sehubungan itu, penting untuk kami membangunkan dasar untuk menyokong pilihan pelaburan yang bukan sahaja memilih kotak yang betul dari segi mewujudkan pekerjaan dengan pendapatan tinggi, tetapi juga menyediakan kestabilan ekonomi yang mampan dan jangka panjang,” katanya.

Selaras pertukaran bateri motosikal EV


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading