Honda WR-V dilancar secara rasmi, harga bermula RM89,900

Honda WR-V dilancar secara rasmi, harga bermula RM89,900

Honda WR-V dilancar secara rasmi, harga bermula RM89,900
Honda WR-V yang baru dilancarkan. – FOTO NSTP/Aziah Azmee

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hironobu Yoshimura berkata, ia adalah model baharu yang pertama dilancarkan untuk 2023.

“Honda WR-V Serba Baharu ditawarkan menerusi empat varian iaitu S yang ditawarkan pada harga RM89,900; E (RM95,900); V (RM99,900) dan RS (RM107,900).

“Sejak pratempahan model ini dibuka pada 16 Jun lalu, kami sudah menerima lebih 2,500 tempahan dan varian RS adalah pilihan paling tinggi sebanyak 45 peratus, diikuti V (38 peratus) selain E dan S masing-maing 12 dan 7.0 peratus,” katanya pada majlis pelancaran di sini, hari ini.



Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum.

Untuk prestasi, ia dijana dengan enjin 1.5L i-VTEC DOHC 4 silinder 16 injap menjana kuasa 121PS dan tork 145Nm yang dipadankan transmisi CVT dengan sistem penginjak G Design dan kawalan penginjak graviti selekoh bagi kelancaran dan bahan api efisien.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu




Model WR-V ini juga terdapat dalam pasaran Indonesia dan Thailand dan kesemuanya berkongsi spesifikasi yang sama kecuali di Malaysia dengan ciri larasan lampu utama.

Ia juga hadir dengan ciri keselamatan terbaik seperti Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Isyarat Berhenti Kecemasan, ISOFIX & Tether serta Sistem Brek Override dan Honda Sensing.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Merah Ingnite Metalik, Putih Platinum Pearl, Kelabu Meteroid Metalik, Hitam Crystal Pearl dan terbaharu Stellar Diamond Pearl.

Buat masa ini Honda Malaysia menjangkakan penghantaran kepada pelanggan untuk model ini adalah dalam tempoh dua bulan hingga tiga bulan dan sentiasa berusaha untuk memastikan tempoh menunggu dapat dikurangkan dan kualiti kenderaan diutamakan.



Honda WR-V dilancar secara rasmi, harga bermula RM89,900
Honda WR-V ditawarkan pada harga bermula RM89,900. – FOTO NSTP/Aziah Azmee

 

Honda WR-V dilancar secara rasmi, harga bermula RM89,900


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading