Dua penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan SUV terbabas

Dua penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan SUV terbabas

Dua penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan SUV terbabas
Keadaan motosikal dan SUV yang terbabit kemalangan di Jalan Pulau Gadong, pagi tadi. NSTP/Ihsan IPD Melaka Tengah

MELAKA: Seorang wanita dan remaja maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas di Jalan Pulau Gadong, di sini, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Nurul Rahimah Abdul Samad, 32, yang juga kerani dan pekerja kedai perabot, Iman Nur Azrin Noriman, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami mereka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata ketika nahas jam 8.20 pagi itu, kedua-dua mangsa, masing-masing menunggang motosikal Yamaha Y15 dan Honda EX5 sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.



Beliau berkata, pemandu kereta Hyundai Tuscon, Yong Sang Kein, 36, yang juga pembantu kedai runcit, bagaimanapun hanya cedera ringan pada muka.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta itu dari arah Klebang menghala ke Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) manakala kedua-dua motosikal dari arah bertentangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah




“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit yang datang dari arah Klebang, hilang kawalan sebaik sampai di Jalan Pulau Gadong lalu memasuki jalan bertentangan dan merempuh dua motosikal itu.

“Perlanggaran itu turut menyebabkan penunggang wanita tercampak kira-kira 10 meter ke dalam sawah di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Christopher berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Tiada saksi tampil setakat ini bagi memberi keterangan dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Dua penunggang motosikal maut dirempuh kenderaan SUV terbabas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button