Sokong Payung Rahmah
Sokong Payung Rahmah

Kuala Lumpur: Capita A Bhd melalui cabang perniagaan AirAsia Superapp memperkenalkan tiga inisiatif sebagai sebahagian daripada sokongannya terhadap inisiatif Payung Rahmah, termasuk promosi tambang hanya RM1 bagi AirAsia Ride.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, promosi tambang itu akan membabitkan lima kawasan tumpuan utama iaitu Putrajaya dan Cyberjaya, Bukit Bintang, Bandar Sunway, Bangsar South serta Mont Kiara.
Katanya, bagi setiap tempahan RM1 AirAsia Ride akan diberi peluang untuk menebus Pakej Rahmah Ride, Fly & Stay, yang mana pengguna perkhidmatan akan menerima kod promosi RAHMAH50 untuk potongan harga RM50 bagi tempahan hotel dan potongan harga RM50 untuk tempahan penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa melalui platform ejen pelancongan dalam talian (OTA).
Selain itu, katanya, kod promosi RAHMAH50 juga boleh digunakan secara berasinganm untuk mendapatkan potongan harga RM50 ke atas tempahan tunggal AirAsia Hotel setiap hari atau tempahan tunggal penerbangan OTA di AirAsia Superapp.
“AirAsia Superapp sentiasa memberikan nilai terbaik kepada pelanggan dan seterusnya memperluaskan impian perjalanan mampu milik kepada semua orang melalui aplikasi super perjalanan sehenti ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Perkara melibatkan Sanusi belum selesai” – Sultan Selangor
- Dua Menteri Besar PAS terkait skandal tanah jadi beban kepada PAS
- Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah
“Inisiatif Payung Rahmah ini dapat memberi manfaat kepada hampir 200,000 pengguna, terutamanya pelajar sekolah dan universiti sekitar lokasi pilihan.
“Kami berharap ia akan membolehkan lebih ramai pelajar dapat menikmati pengalaman pengangkutan yang lancar tanpa menjejaskan kewangan mereka,” katanya ketika melancarkan Inisiatif Payung Rahmah AirAsia Superapp di sini, semalam.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Tony berkata, sebagai permulaan, tawaran inisiatif Payung Rahmah itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama mulai semalam.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, Capital A bercadang melanjutkan kempen inisiatif itu kepada tempoh masa yang lebih panjang bagi memberikan lebih manfaat dan membantu sosioekonomi rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Najib terus dizalimi” – Puad Zarkashi
- Mana keadilan untuk Najib Razak?
- Kejutan PRN di Pantai Timur bakal berlaku
“Inisiatif Payung Rahmah AirAsia Superapp boleh dipanjangkan lagi tempoh masanya jika ia mendapat permintaan yang menggalakkan,” katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata, pembabitan syarikat swasta untuk terus bersama kerajaan sangat dihargai, sekali gus menepis dakwaan menyatakan inisiatif Payung Rahmah hanya bersifat sementara kerana semakin banyak syarikat terus menyokong inisiatif ini.
Sokong Payung Rahmah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :