Usaha Pita untuk jadi PM Thailand berakhir

Usaha Pita untuk jadi PM Thailand berakhir

Usaha Pita untuk jadi PM Thailand berakhir
PITA menanggalkan kad MPnya dan meletakkannya di atas meja sebelum meninggalkan Dewan. FOTO Reuters

Bangkok: Usaha pemimpin parti Move Forward (MFP) Thailand, Pita Limjaroenrat untuk menjadi perdana menteri berakhir pada Rabu.

Parlimen dwidewan menolak pencalonan semula Pita untuk undian kedua bagi jawatan perdana menteri, semalam.

Sebanyak 394 ahlinya menentang pencalonan semula Pita sebagai calon perdana menteri, manakala 312 lagi menyokong dan lapan berkecuali. Seseorang tidak menggunakan hak untuk mengundi.



Seramai 715 ahli Parlimen mengundi secara elektronik berikutan perbahasan panjang mengenai isu itu bermula sejurus selepas persidangan pada 9.30 pagi.

Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata, pencalonan semula Pita bagi jawatan perdana menteri ditolak dengan undian majoriti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




“Di bawah Perkara 41 Perlembagaan, Pita tidak sepatutnya dinamakan semula semasa persidangan Parlimen ini,” katanya.

Bagaimanapun, tidak jelas bila sesi pengundian jawatan perdana menteri seterusnya akan diadakan.

Terdahulu, Mahkamah Perlembagaan Thailand memerintahkan keanggotaan Pita sebagai Ahli Parlimen (MP) digantung sementara.

Terdahulu, di Parlimen, Pita menerima perintah Mahkamah Perlembagaan yang menggantung sementara status ahli parlimennya di parlimen.



Beliau meninggalkan Parlimen pada 2.43 petang (waktu tempatan).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi


“Saya menerima dokumen daripada Mahkamah Perlembagaan untuk berhenti menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen. Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada Yang di-Pertua bahawa saya mengakui dan mematuhi perintah itu sehingga keputusan dibuat.



“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Speaker dan rakan-rakan Ahli Parlimen sehingga kita bertemu lagi.

“Saya meminta rakan-rakan Ahli Parlimen untuk menjaga rakyat.

“Saya percaya Thailand telah berubah sejak Pilihan Raya Umum 14 Mei. Rakyat memenangi separuh daripada pertempuran dan masih ada separuh lagi untuk dilaksanakan. Walaupun saya tidak dapat meneruskan tugas saya, saya minta semua (Ahli Parlimen) menjaga rakyat dengan baik ,” katanya sebelum meninggalkan Dewan.

Beliau menanggalkan kad MPnya dan meletakkannya di atas meja sebelum meninggalkan dewan. Pita menerima pujian oleh Ahli Parlimen gabungannya yang diketuai MFP apabila beliau keluar dari Parlimen.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah


Pada 13 Julai, Pita gagal mendapat sokongan lebih separuh daripada 749 anggota Parlimen dalam percubaan pertamanya.

Walaupun menjadi calon perdana menteri tunggal, Pita hanya mendapat 324 undi, manakala 182 undi menentangnya dan 199 berkecuali.



Pada Sabtu, Pita berkata, beliau akan memberi laluan kepada Parti Pheu Thai jika gagal sekali lagi meraih sokongan yang diperlukan dalam undian kedua.

Usaha Pita untuk jadi PM Thailand berakhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button