Bayi ditinggal atas buaian besi

Bayi ditinggal atas buaian besi

Bayi ditinggal atas buaian besi
Bayi lelaki yang masih bernyawa ditemui atas buaian besi hadapan sebuah rumah di Lorong Asrama Anak Yatim, Batu 36, pagi hari ini. – Foto tular

SABAK BERNAM: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui atas buaian besi berhadapan sebuah rumah di Lorong Asrama Anak Yatim, Batu 36 di sini, hari ini.

Bayi terbabit yang sudah dipotong tali pusatnya, ditemui oleh seorang pemandu lori berusia 29 tahun ketika mahu keluar bekerja pada jam 8.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata pengadu tinggal di rumah itu sejak berusia 18 tahun bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai tukang kebun di asrama anak yatim.



“Pemandu lori itu terlihat sesuatu seperti bungkusan di atas buaian besi berhadapan rumahnya.

“Apabila didekati, beliau mendapati seorang bayi masih bernyawa dengan dibaluti kain batik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agus Salim berkata, bayi itu tidak dipakaikan sebarang pakaian.

Katanya, lelaki itu menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan dan sebuah ambulans tiba beberapa minit kemudian bagi membuat pemeriksaan awal.



“Pembantu perubatan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) mengesahkan bayi berkenaan berkeadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan fizikal,” katanya.

Beliau berkata, bayi berkenaan bersih dan tiada kesan darah namun tiada dokumen atau barangan lain ditinggalkan.

Katanya, bayi terbabit dibawa ke HTAJ untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Bayi ditinggal atas buaian besi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading