Tyzo yakin undian sebab hasil kerja

Sharifah Shahirah pula gandingan deejay terbaik

Tyzo yakin undian sebab hasil kerja

Tyzo yakin undian sebab hasil kerja
Tyzo pertama kali menang ABPBH.

PENYAMPAI radio Suria FM Tyzo tidak pernah membayangkan keputusan hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) buat pertama kali menjadi detik paling bermakna dalam kariernya.

Bersyukur dipilih sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Popular, Tyzo atau Zolqarnain Idris memberitahu tidak menyangka dapat merangkul trofi berkenaan selepas 25 tahun berkecimpung dalam dunia penyiaran radio.

“Saya tak pernah hadir ke ABPBH sebelum ini. Kali ini saya hadir atas sebab jemputan dan tidak menyangka menang buat pertama kali selepas 25 tahun dalam industri,” katanya kepada mStar.



Tyzo yakin undian sebab hasil kerja
Tyzo menyifatkan Sharifah Shahirah adalah gandingan terbaiknya.

 

 

Kemenangan tersebut sekali gus menewaskan rakan penyampai yang juga Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin yang turut tercalon dan pernah memenangi kategori tersebut sebanyak empat kali.

Mengulas tanggapan merampas trofi berkenaan daripada DJ Lin, Tyzo percaya kemenangannya itu adalah berdasarkan hasil kerja keras meskipun tidak mempunyai sebarang kelab peminat.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS


“Saya percaya pendengar Suria FM melihat hasil kerja saya… apatah lagi saya bukan ada kelab peminat yang mahu mengundi.

“Saya amat menghargai Suria FM kerana inilah stesen radio swasta yang benar-benar menghargai dan memandang bakat saya sebagai seorang deejay,” katanya.



 

Tyzo yakin undian sebab hasil kerja
Tyzo hargai sokongan peminat.

Sementara itu, Tyzo juga melahirkan penghargaan buat rakan penyampainya menerusi segmen Suria Petang iaitu Sharifah Shahirah yang menyifatkannya sebagai pasangan terbaik.

“Saya lupa sebut nama dia Shiera di atas pentas. Dia adalah pasangan pengacara terbaik buat saya.

“Semoga gandingan kami berdua ini kekal lama,” jelasnya.



Tyzo yakin undian sebab hasil kerja



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button