Seorang lagi suspek ditahan kes REE di Kedah

Seorang lagi suspek ditahan kes REE di Kedah

Seorang lagi suspek ditahan kes REE di Kedah
Suspek direman selama selama tiga hari bagi membantu siasatan kes REE di Kedah.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek iaitu pegawai kanan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan semalam kira-kira pukul 8 malam di pejabat SPRM Alor Setar, Kedah ekoran disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi.



Setakat ini, secara keseluruhannya seramai empat suspek ditahan SPRM termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) selain pengarah syarikat dan pembantu kepada pemilik syarikat bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?




Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, CEO MBI dan seorang pengarah syarikat ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa sektor perlombongan berjumlah lebih RM13 juta.

Difahamkan, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh sebuah syarikat terlibat mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020.

“Sehubungan itu, hasil siasatan dijalankan berjaya mengesan bahawa beberapa pembayaran disyaki melibatkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat terlibat sebagai sogokan melindungi kegiatan perlombongan haram antara tempoh 2020 hingga 2023.



“Selain itu, syarikat milik wanita itu dipercayai mendapat kelulusan menjalankan projek pembangunan ladang hutan pokok getah klon balak (TLC) di dua kompartmen sekitar Kedah sejak 2016 lagi,” jelas sumber tersebut. – KOSMO! ONLINE

Seorang lagi suspek ditahan kes REE di Kedah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading