Pempengaruh buat hal lagi

Pempengaruh buat hal lagi

Pempengaruh buat hal lagi
HAMDAN Al Rind ketika dalam bilik pameran kenderaan mewah. FOTO TikTok car.expert

Dubai: Seorang pempengaruh ditangkap di Dubai kerana tindakannya membuat kandungan seolah-olah menyindir rakyat Emiriah Arab Bersatu (UAE) berbelanja di sebuah pusat pameran kereta mewah dengan gaya kurang sopan.

Video berkenaan yang tular di TikTok menunjukkan dia melemparkan bil kepada pekerja bilik pameran itu.

Lelaki itu, Hamdan Al Rind juga dengan angkuh mahu membeli kereta paling mahal, Ferrari SF90 bernilai AS$600,000 (kira-kira RM2.7 juta).



Hamdan yang menggelar dirinya sebagai pakar kereta dalam talian itu adalah penduduk berketurunan Asia di UAE.

Dia mempunyai lebih 2.5 juta pengikut di TikTok. Video terbaharunya itu menarik jutaan tontonan dan dikongsi secara meluas sebelum diturunkan pihak berkuasa selepas penahanannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan




Dalam video itu, dia memakai kandura, jubah putih panjang yang biasanya dipakai lelaki UAE, cermin mata hitam dan pelitup muka.

Dia bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan loghat Arab serta menggunakan bahasa kasar terhadap kakitangan pusat pameran itu, manakala pembantunya mengangkut pengusung yang penuh dengan wang tunai.

Sementara itu, pemilik Luxury Super Car Rentals Dubai, Ahmed Mansour berkata, dia tidak menyangka Hamdan adalah ‘orang luar’ kerana gaya dan bahasa digunakan seperti orang tempatan.

Pendakwaan Persekutuan untuk Membanteras Khabar Angin dan Jenayah Siber berkata, lelaki itu didakwa menyalahgunakan Internet dengan menyiarkan propaganda yang membangkitkan pendapat umum dan membahayakan kepentingan awam.



“Video itu mempromosikan imej mental yang salah dan menyinggung perasaan warga UAE dan mempersendakan mereka,” lapor agensi berita kerajaan, WAM pada Ahad.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?


Laporan WAM menggambarkan video itu tetapi tidak mengenal pasti pempengaruh atau menyatakan kerakyatannya.



Tidak jelas bila sebenarnya Hamdan ditangkap atau hukuman bakal dihadapinya.

Tidak diketahui juga sama ada dia mengupah seorang peguam untuk mengendalikan kes itu.

Undang-undang jenayah siber yang digubal pada Januari 2022 sangat mengehadkan ekspresi dan perhimpunan serta meletakkan hampir sebarang bentuk pembangkang politik dan apa saja yang boleh menjejaskan reputasi UAE atau pemimpinnya sebagai satu jenayah.

Susulan itu, 15 kumpulan hak asasi manusia menggesa undang-undang itu dimansuhkan atau dipinda.



Pempengaruh buat hal lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading