Tanda tanya di mana menteri luar China?

Tanda tanya di mana menteri luar China?

Tanda tanya di mana menteri luar China?
QIN Gang tidak muncul di khalayak sudah sebulan sejak 25 Jun lalu. FOTO AFP

Beijing: Kelibat Menteri Luar China, Qin Gang yang sudah hampir sebulan tidak kelihatan di khalayak ramai mencetuskan tanda tanya mengenai keberadaannya.

Qin tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 25 Jun lalu ketika dia bertemu Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko di Beijing.

Ketidakhadiran beliau pada sidang kemuncak Asean di Indonesia dua minggu juga menimbulkan kemarahan.



Kementerian Luar China berkata, ketiadaan Qin atas faktor masalah kesihatan, malah tempatnya masih dibiarkan kosong hingga kini.

Pegawai atasan dasar luar negara, Wang Yi secara sementara memikul beberapa tanggungjawab Qin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan




Yi dilaporkan ke Afrika minggu ini untuk menghadiri mesyuarat BRICS mengenai hal ehwal keselamatan di Johannesburg.

Namun, wujud pelbagai spekulasi dan khabar angin lain mengenai ‘kehilangan’ Qin yang tersebar dalam talian.

“Semua orang bimbang tentang sesuatu tetapi tidak boleh membincangkannya secara terbuka.

“Keseimbangan perlu dicapai antara mengekalkan keadaan dan menghormati hak orang ramai untuk mengetahui,” kata Hu Xijin, seorang pengulas terkemuka dengan tabloid negara, Global Times, dalam catatan di Weibo.



Selain itu, lawatan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell ke Beijing, dibatalkan secara tiba-tiba bulan ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?


Jumaat lalu, Bloomberg melaporkan lawatan Setiausaha Luar United Kingdom, James Cleverly juga ditangguhkan kerana ketiadaan Qin.



Qin dianggap orang kepercayaan Presiden Xi Jinping, dilantik sebagai Menteri Luar pada Disember 2022.

Lelaki berusia 57 tahun itu berkhidmat beberapa tahun di Kedutaan China di London dan fasih berbahasa Inggeris.

Qin memperoleh reputasi sebagai Wolf Warrior, nama samaran yang diberikan kepada generasi baharu diplomat China yang menolak dengan retorik kritikan Barat terhadap Beijing.

Beliau pada 2020 berkata, imej China di Barat merosot kerana orang Eropah dan Amerika khususnya media tidak pernah menerima sistem politik China atau peningkatan ekonominya.



Semasa berkhidmat sebagai Duta China ke Amerika Syarikat, Qin sering muncul di khalayak dan media di Washington dengan memainkan peranannya dalam menjelaskan kedudukan sebenar China.

Beliau mengekalkan jadual yang padat selepas pelantikannya sebagai menteri dengan melawat Afrika, Eropah dan Asia Tengah serta menerima tetamu kenamaan asing di Beijing.

Tanda tanya di mana menteri luar China?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button